Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Sunday, September 12, 2010

Sayu Ramadhan


Mungkinkah ini natijah Ramadhan,
Hatiku bening berbuah senyum paksa,
Melihat dia,
Mengingatkan aku pada Yang Esa..
Allahu Allah..
Angkara Al-Baqarah ayat 155,
Engkau ingin ku dakap erat,
Ingin ku kucup tanganmu yang cacat,
Engkaulah orangnya..
Biar Allah uji dengan ketakutan dan kelaparan,
Biarkan dengan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan,
Mata buta bukan penghalang,
Tangan cacat kau pandang ringan,
Sakit tua kau campak ke lautan,
Kau beriman dengan Al-Baqarah ayat 214,
Teguh, sungguh teguh keimananmu,
Allahu Allah..
Berbekalkan Ali-Imran ayat 19,
Perjuangan Islam Kau utamakan,
Syariat Islam panduan hidupmu yang tuntas,
Aku pasti,
Engkaulah wanita syurga..!
InsyaAllah..
Linangan airmata aku biarkan mengalir,
Menjadi bukti dan saksi,
Atas nama CINTA,
Ya, aku CINTA padamu,
Kerana Islam yang kau amalkan,
Kerana Islam yang kau pertahankan,
Kerana Islam yang kau perjuangkan..!
Bagaimana dengan pakaian jubah lusuh bersama tudung bulatmu,
Bagaiman dengan usrah yang kau ikut saban minggu,
Bagaimana dengan pengucapanmu,
Bagaimana dengan ukhuwwah mu,
Wahai Serikandi Islam, Engkau pasti hebat..!
Sehebat Rabiatul Adawiyah..
Amin, ya Rabbal ‘alamin~



Tulisan ini dedikasi buat Puan Rabi’ah (sahabiah ummi), seorang yang aktif dengan perjuangan Islam. Beliau berumur 54 tahun, mempunyai suami yang juga buta, juga madu kepada isteri muda (sempurna pancaindera) suaminya. Suami hanya pulang sebulan sekali selama lebih kurang setengah jam sahaja!. Beliau dikurniakan 4 cahaya mata, 3 lelaki dan 1 perempuan dan semuanya OKU. Sedih untuk diceritakan, anak perempuan beliau diperkosa oleh lelaki durjana dan meninggal dunia tidak lama kemudian. 3 orang putera beliau huffaz al-Quran. Beliau lah penerima zakat fitrah aku dan 2 adikku.. Semoga Allah terus memberiku kekuatan untuk membantu meringankan beban beliau dan anak-anak.