Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Sunday, September 16, 2012

Ikhlas


Bismillahirrahmanirrahim...


Sabda Rasulullah SAW.,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)


*****************
Sedang si A menunaikan solat sunat di dalam masjid yang penuh dengan orang ramai, terdetik dalam hatinya "biaq depa tengok aku semayang sunat, mesti depa kata aku baik, soleh, hehehe syoknya"
Seusai solat si A ditegur oleh si B, “rajen ang semayang sunat nowh”. Balas si A, “ya, semuanya 8 rakaat dan aku ikhlas kerana Allah.. J (dalam hati, punyalah bangga masa tu. Huhu)                                                                                     
******************


Ikhlas.. satu ungkapan yang acapkali manusia titipkan dalam melakukan sesuatu.. namun sejauh mana kebenaran ikhlas itu terungkap jauh dalam sanubari insan? Mungkin hanya mahu menunjukkan betapa dirinya jujur saat itu. Akan tetapi perlukah diungkapkan sebegitu? 

Apa itu ikhlas? Jom kita tengok…

Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan mengharapkan keredhaannya TANPA MENGHARAP FAEDAH, NAMA, GELARAN, PANGKAT, SANJUNGAN, KEDUDUKAN DUNIAWI.
Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.
Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah.

Dengan definisi diatas .. maka jelaslah ikhlas itu sesuatu yang sangat sukar untuk kita kecapi. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.


"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."


Murabbi saya pernah menyebut  ada 3 jenis kerosakan ikhlas yang berlaku pada 3 jenis keadaan :
1.       Awal  ~  Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata :
"Inilah masanya nak jadi popular", "Aku akan jadi terkenal", " Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."
Ada juga yang berniat untuk menghentam individu atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlas ibarat melukis diatas air.

2.       Pertengahan ~  Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata :
"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

3.       Akhir  ~ Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata :
"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Ketika itu datanglah rasa riak dalam diri sehingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua.


Rugi kan orang-orang yg tidak ikhlas ni? Maka, sentiasalah beramal dengan niat kerana Allah. Dengan itu kita akan diberi pahala yang lebih baik dan tinggi di sisi Allah.. sebagaimana firman Allah dalam surah Annahl ayat 97:

مَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَوةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.





 “Meninggalkan suatu amal kerana orang lain adalah riya’. Sedangkan beramal kerana orang lain adalah syirik. Ikhlas adalah ketika Allah menyelamatkanmu dari keduanya” 



MK





Tuesday, September 11, 2012

Mujahadah

Bismillah...


Tak reti menulis, tak reti berbahasa, apatah lagi bicara yang berbunga. Sekadar mengusap huruf di papan kekunci komputer riba. Maka, apa yang tercoret, itulah dimensi yang berlegar di ruang angkasa hati dan rasa.



Mujahadah… Perkataan yang acap kali keluar dari mulut sang pemberi nasihat, pernah juga lancar mengalir dari mulutku, persoalannya cuma pada pelaksanaan. Buat ke tak buat ?

Mujahadah itu takkan pernah jadi mudah, jalannya bukan hamparan karpet merah, bukan juga permaidani yang ditabur bunga penuh riang ria dan senyum tawa. Jalan mujahadah itu susah dan payah, kerana pembelinya ingin bayar dengan Syurga !

Kekadang tebit rasa letih, lemah, dan menyerah kalah dalam bermujahadah. Dirasakan seperti pelari pecut yang tercungap-cungap di tengah-tengah perlumbaan. Aku mahu menangis, tapi hati ini... kenapa menolak? Terus menerus mencari waktu sesuai membujuk hati.

Teringat pada sabda Rasulullah dalam satu hadis qudsi “ Tuhan kita Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya. Pada setiap malam Dia akan turun ke langit dunia yang terendah pada sepertiga malam lalu menyeru ‘adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu ? maka aku akan kabulkan.  Adakah sesiapa yang memohon ampun kepadaKu ? maka aku akan ampunkan “.

Ya, sepertiga malam. Itulah waktunya ketika embun mula menitis dalam dingin malam. Bangunlah wahai diri, solatlah, panjatkan doamu pada Pemilik hati. Mintalah keampunan dan keredhaan hidupmu dariNya, Dia Maha Mendengar.

Aku pujuk dan terus pujuk hati ini, menangislah wahai hati.