Sapa penah tengok orang buta? (xdak modal nak start menulis, huhu). Okay, perempuan buta pernah jadi impian aku untuk dibuat isteri. Ya, aku mahu beristerikan orang buta.
Iniceritadulu-dulu, sekarang lain. Saja nak rekod masuk blog, esok tua-tua boleh baca dengan cucu cicit :)
Umumnya setiap perempuan buta atau OKU yang aku terjumpa, terdetik 'rasa' di hati, bercampur baur, "nak kawen dengan dia la, nak jaga makan minum n hidup dia". Kadang-kadang tak sedar air mata dah terkeluar tengok dia buat.. apa2 la.. padahal dia mesti dah biasa buat benda tu. tapi tetap nampak susah di mata kita yang sempurna ni (Alhamdulillah) kan?.
Terfikir juga, dia dah buta, peluang dia buat dosa guna mata dah takda. Tak macam aku, tak serik-serik buat dosa (Astaghfirullahal'azim). Dah la mata ni Allah bagi pinjam ja.
Terfikir lagi, apa yang dia pernah tengok sepanjang hidup dia selain kegelapan selaput mata?. Alam Allah cipta ni cantik sangat, rugi dia (Subhanallah). Entah-entah ada sesuatu yang Allah sediakan disebalik selaput mata yang suci dari dosa tu. Ha, cemburunya.
Jagalahmatakita. (Gambarhiasan)
Lagi satu, dia kan buta mata, macam mana dia masih boleh tutup aurat dengan baik?, pakai 'handsock' lagi. Maksud aku, macam mana dia nak baca buku agama, faham, lepastu amalkan?.. Hmm, betul la, hidayah tu semata-mata milik Allah. Walau celik, cantik, kaya sekalipun tapi Allah tak bagi hidayah untuk tutup aurat, memang telanjang la dia. Mata celik bukan bermaksud kefahaman agama tu tinggi.
Al-Qasas ayat 56;
" Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada siapa yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. "
Allah Allah.. Memang akucemburuagaknya,sebab aku yang sempurnaini pun belumtentubolehmelepasitahapimansidia yang buta. Dia takbolehtengokbuktikekuasaan Allah denganmatadia,tapidiasangatberiman!Tapiaku ? Allah, Kau kuatkanlah imanku.
Jadi, yang tak buta ni kena minta dibutakan Allah ka ? Jangan, kita kena bersyukur, bahkan gunakan pancaindera tu untuk menambah berat timbangan amal baik kita. Banyakkan mentadabbur alam, kaji alam juga dapat teguhkan iman kita, banyakkan menangis, banyakkan baca al-Quran, banyakkan baca bahan ilmiah. (semua ni pesanan untuk aku jugak)
Kena azam, tinggalkan jahiliyyah, kuatkan mujahadah, akhir zaman ni fitnah besar sangat-sangat sampai kadang-kadang terpeleot (tergelincir) juga, sabar sikit lagi mudah-mudahan dijemput Allah sebagai hamba Dia. aminn..
Semoga Allah kuatkan kita semua.
p/s : baru beberapa hari lepas duduk bertentangan dengan pasangan Muslim buta dalam tren ke KL Sentral (isteri buta sepenuhnya, suami kelabu mata). Semoga Allah bersama dengan depa.