Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Thursday, July 18, 2013

Sejarah

Bismillah..




Ni cerita tentang tok pin cengkoi dan isteri beliau, tok minah. Sekitar tahun 80-an dulu, rumah buruk tok pin tak jauh dari rumah tok, lebih kurang 2 km.

Tok dan Wan hidup dengan kerja memotong getah, sama juga dengna tok pin dan tok minah. Mengikut cerita tok, tok pin cacat orangnya. Tak banyak, Cuma di bahagian tangan kirinya keras membengkok dan tak boleh bergerak. Tangan cacat tok pin buat tok pin sedih, sebab satu-satunya mata pencarian ketika itu dengan memotong, masakan tok pin boleh pegang pisau memotong dengan sebelah tangan.

Tok minah hadir dalam hidup tok pin dengan niat yang sangat murni, nak jaga tok pin. Maka setiap kali lepas subuh tok minah dan tok pin akan bergegas ke kebun getah. Tok minah akan memotong dan tokpin jadi tukang kutip getah.

Begitulah norma hidup masyarakat kampung di sini. Tok dan wan juga sama, bermandi peluh membanting tulang empat kerat untuk mengerjakan kebun getah milik mereka. Anak cuma seorang, abah.

Tahun yang sama, abah diterima masuk ke universiti, tok dan wan berusaha lebih gigih mencari duit buat belanja abah. Tok dan wan keluarga susah, hanya punya tanah kebun sebidang untuk dikerjakan.
Abah memerlukan duit buat belanja awal kemasukan universiti, lebih kurang rm300. Tok dan wan susah hati, siang malam memikirkan cara mendapatkan duit. Sejak kebelakangan itu pula hujan kerap turun membuatkan tok dan wan tak keluar memotong. Tok tak ada barang kemas untuk dijual, mengharapkan duit ehsan hasil dari kelas al-Quran yang diajar Wan di rumah saja tak cukup.

Maka, tok dan wan bertebal muka, dengan rasa sangat malu menuju ke rumah tok pin untuk meminjam duit. Kata tok ‘nanti aku bayar balik sikit-sikit dengan duit hasil memotong nanti, terimakasih banyak-banyak sebab tolong aku’. Tok minah jawab ‘hang guna la duit tu, bila-bila aku perlukan duit nanti aku minta hang bayar la’.

Tok jadi malu alah. Pantang untuk meminta-minta dengan orang lain, itu bukan amalan tok dan wan. Sebelumnya tok pernah cuba pinjam tapi orang tak bagi sebab risau tok tak mampu bayar balik sebab tengok keadaan tok dan wan sangat tak berkemampuan. Tapi tok dan wan sangat amanah, hutang tok pin habis dibayar walaupun belum diminta.

"Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari Qiamat. Barangsiapa memudahkan urusan mukmin yang sulit, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya." 
(Riwayat Imam Muslim)

*Semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah tok pin dan tok minah. Berkat duit pinjaman mereka, abah punya duit buat membeli buku dan alatan pelajaran. Abah akhirnya dapat belajar dan tamat universiti dengan keputusan yang baik. 

Saturday, April 20, 2013

Malware -_-"







Try guna online test, okay ja tu. InsyaAllah xdak apa kot. Pakai website ni, kawan aku yang cadangkan (http://maribinablog.blogspot.com/2011/10/how-to-remove-malware-from-blogger.html). Dalam ni ada dia bagitau cara nak 'perangi' malware tu.




Wednesday, April 3, 2013

Si Buta Idaman




Bismillah...

Sapa penah tengok orang buta? (xdak modal nak start menulis, huhu). Okay, perempuan buta pernah jadi impian aku untuk dibuat isteri. Ya, aku mahu beristerikan orang buta.

Ini cerita dulu-dulu, sekarang lain. Saja nak rekod masuk blog, esok tua-tua boleh baca dengan cucu cicit :)

Umumnya setiap perempuan buta atau OKU yang aku terjumpa, terdetik 'rasa' di hati, bercampur baur, "nak kawen dengan dia la, nak jaga makan minum n hidup dia". Kadang-kadang tak sedar air mata dah terkeluar tengok dia buat.. apa2 la.. padahal dia mesti dah biasa buat benda tu. tapi tetap nampak susah di mata kita yang sempurna ni (Alhamdulillah) kan?.

Terfikir juga, dia dah buta, peluang dia buat dosa guna mata dah takda. Tak macam aku, tak serik-serik buat dosa (Astaghfirullahal'azim). Dah la mata ni Allah bagi pinjam ja. 

Terfikir lagi, apa yang dia pernah tengok sepanjang hidup dia selain kegelapan selaput mata?. Alam Allah cipta ni cantik sangat, rugi dia (Subhanallah). Entah-entah ada sesuatu yang Allah sediakan disebalik selaput mata yang suci dari dosa tu. Ha, cemburunya.

Jagalah mata kita. (Gambar hiasan)


Lagi satu, dia kan buta mata, macam mana dia masih boleh tutup aurat dengan baik?, pakai 'handsock' lagi. Maksud aku, macam mana dia nak baca buku agama, faham, lepastu amalkan?.. Hmm, betul la, hidayah tu semata-mata milik Allah. Walau celik, cantik, kaya sekalipun tapi Allah tak bagi hidayah untuk tutup aurat, memang telanjang la dia. Mata celik bukan bermaksud kefahaman agama tu tinggi.

Al-Qasas ayat 56; 
" Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada siapa yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk. "

Allah Allah.. Memang aku cemburu agaknya, sebab aku yang sempurna ini pun belum tentu boleh melepasi tahap iman si dia yang buta. Dia tak boleh tengok bukti kekuasaan Allah dengan mata dia, tapi dia sangat beriman! Tapi aku ? Allah, Kau kuatkanlah imanku.



Jadi, yang tak buta ni kena minta dibutakan Allah ka ? Jangan, kita kena bersyukur, bahkan gunakan pancaindera tu untuk menambah berat timbangan amal baik kita. Banyakkan mentadabbur alam, kaji alam juga dapat teguhkan iman kita, banyakkan menangis, banyakkan baca al-Quran, banyakkan baca bahan ilmiah. (semua ni pesanan untuk aku jugak) 

Kena azam, tinggalkan jahiliyyah, kuatkan mujahadah, akhir zaman ni fitnah  besar sangat-sangat sampai kadang-kadang terpeleot (tergelincir) juga, sabar sikit lagi mudah-mudahan dijemput Allah sebagai hamba Dia. aminn..

Semoga Allah kuatkan kita semua.

p/s : baru beberapa hari lepas duduk bertentangan dengan pasangan Muslim buta dalam tren ke KL Sentral (isteri buta sepenuhnya, suami kelabu mata). Semoga Allah bersama dengan depa.