Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Tuesday, December 21, 2010

formspring.me

Monday, November 22, 2010

Belajar Nikah Belajar


Bismillah...





Pena menari di atas kertas, jari-jemari galak menggeletek papan kekunci komputer, tanda seronok bila perbicaraan mula masuk soal nikah, tambah-tambah nikah ketika masih belajar. Isu hangat diperkatakan siswa siswi IPT sekarang, “Nikah Khitbah”..


Tanya saja pada siswa mahupun siswi daripada apa bidang pengajian sekalipun, nikah mula menjadi manisan bicara tatkala menginjak ke semester baru, tapi perlukah seawal semester 3..? Erk.. Mungkin Pelajar Lelaki MIAT mengalami krisis mencari calon isteri, masakan tidak, purata lelaki dan perempuan sampai ke 1 perempuan nisbah kepada 10 lelaki.

..............


“MARA yang aku dapat ni masih x cukup la nak sara dia”.. “Ape yang ko takutkan, nikah le, insyaAllah rezeki akan bertambah”,


“Isy, aku rasa nak study lagi la, 2 atau 3 tahun lagi aku fikirkan balik la”.. “InsyaAllah dia ada sebagai pemberi semangat belajar, nikah je dulu”..


Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk nikah..?

Kata seorang cikgu, “bila kita mula rasa bertangungjawab untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk NIKAH”.. Bila seseorang lelaki itu boleh menjiwai perasaan seorang suami atau ayah dan seseorang wanita itu menjiwai perasaan seorang isteri atau ibu, itulah masanya.


Jom semak penjiwaan suami atau isteri (idea aku sendiri, boleh ja nak terima atau tolak):


MARA bagi RM***.** sebulan untuk kos sara hidup,

  • Berapa ringgit yang pernah digunakan untuk membeli keperluan adik-adik tatkala ibu dan ayah tiada di rumah..? (dalam konteks meringankan beban ibu dan ayah)
  • Berapa ringgit yang didermakan ke surau atau masjid, adakah duit sesen dua yang jumpa di celah mesin basuh..?
  • Bagaimana dengan percaturan duit masuk dan keluar setiap bulan, masuk rm700 tapi yang keluar rm800..?


Bagaimana dengan ibadah harian:

  • Solat 5 waktu pun masih dilewat-lewatkan (angkara Facebook mungkin), mungkin saja qhada solat yang paling kita gemari.. apa ni..?
  • Tulisan jawi pun tak lulus..! 'bumi' dibaca bom dan 'zikir' dibaca zakar.. apatah lagi mahu baca Al-Quran.. apa ni..?
  • Puasa Ramadhan pun masih tak penuh-penuh, apatah lagi mahu puasa sunat.. apa ni..?


Bagaimana dengan perisai ilmu agama:

  • Sifat 20 dah hafal, tapi bila ditanya tujuannya, hanya senyum ala-ala kerang busuk yang jadi jawapan.. apa ni..?
  • Halal dan haram pun tak tahu punca, ikut sedap perut saja.. apa ni..?
  • Amanah dipandang enteng, rasuah jadi amalan, maksiat dipandang baik.. apa ni..?


...................


Fikir-fikir balik.. dimana duit dihabiskan:


- Kamera DSLR
- Henset baru
- Jam tangan Fossil
- Laptop baru
- Pakaian berjenama dari butik
- Kasut Crocodile, Dr Cardin, RPG
- Motorsikal baru LC135, 125zr, Ninja250
- Kebaya sutera yang semestinya mahal
- Wedges yang mengancam jiwa wanita (betul ke ejaan wedges utk kasut tumit tinggi)


Pendek kata, semuanya mesti up-to-date..!


Kalau beginilah keadaannya, pasti kamu setuju dengan aku bahawa nikah sekalipun takkan membawa kebahagiaan dan ketenangan, dan jika bahagia sekalipun tak berkekalan. Soal nikah (mendirikan rumah tangga) pada aku bukan soal kecil yang hanya boleh difikirkan selama 2 minit sejurus selesai kursus pra-perkahwinan, tapi aku melihat nikah itu sendiri sebagai pencetak generasi rabbani, dan generasi ini takkan terhasil dari jiwa yang masih leka dengan layanan karut facebook, game PS, atau dari peribadi yang memandang remeh soal agama serta lemah jati diri muslimnya.


Tetapi jika sedari semester 3 ini, kamu sudah serius dalam memikirkan tanggungjawab kamu sebagai anak, anggota masyarakat, hamba Allah, dan pemimpin ummah, maka kamu sebenarnya sudah layak untuk memikirkan soal nikah sekalipun umur kamu masih muda.


Ada saja orang yang memikirkan bahawa dengan bernikah akan melepaskan dirinya dari ujian masalah orang bujang. Betulkah..? Ya, mungkin masalah orang bujang itu akan selesai, tapi ujian masalah sebagai orang yang beristeri/bersuami pula yang akan mampir. Herm.. bukankah hidup ini merupakan ujian..? Cuba semak al-Baqarah ayat 214… dah baca..? betulkan? bahawa hidup ini ujian..


Statistik Perceraian Seluruh Malaysia


Statistik yang dicedok dari Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM yang menunjukkan peningkatan jumlah pasangan-pasangan yang menggegarkan arasy Allah(bercerai) dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes penceraian ini melibatkan pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga. Aku bawakan rekod ini bukan untuk menakut-nakutkan, tapi sekadar memberi peringatan supaya kita memandang 'nikah' ini dengan pengertian yang lebih lengkap dan matang.


“Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dngan menjaga keberkatan Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa sukar untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon kekuatan dan pertolonganNya tidak semudah yang kita gambarkan” Cikgu Azmi


Kita Pemimpin..!


Itu saja untuk kali ni, Selamat Berfikir ^_^


p/s: Ringankan tangan untuk mengkomen ya~

Wednesday, October 6, 2010

Aidilfitri 90-an



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Seronok Meniti Usia Kanak-Kanak


Selesai sudah solat maghrib berjemaah dengan abah, aku bersuara pada umi di dapur..


Ummi, malam ni nak pi beli kasut sekolah ka? Nak ikut..


Tak payah la, biar ummi dengan abah ja pi, mai sini ummi nak ukur kaki abang pula, faiz dan adik dah ukur dah.


Dengan menggunakan tali rafia, ummi ukur panjang kaki aku. Kedua-dua hujung tali dipintal kemas berukuran lebih kurang 7 inci . Malam tu, kami semua bermasam muka, apa tidaknya, ummi dan abah tak bagi ikut sekali.


Tengok TV pun teringatkan kasut baru. Masing-masing membayangkan kasut yang bakal ummi bawa balik.


Masamlah muka semasam mana pun, bila dengar saja bunyi kereta abah memasuki pagar rumah, haa... masing – masing tersenyum kambing.


Nah, cuba try dulu, padan ka tak padan.


Padan.. padan.. ^_^”

(sambil kecewi, tersengih-sengih dan menunjuk-nunjuk kelebihan kasut masing-masing)



Ramadhan & Idulfitri Mengeratkan Lagi Ukhuwwah Kami


Ummi, hari ni berbuka dengan apa? Ummi nak masak apa? Soalan rutin kami pada ummi sekalipun baru lepas sembahyang subuh!.


Allahu Allah,


Ummi lah 'komander' kami apabila bermulanya cuti sekolah rendah a.k.a cuti raya la.


Kaklong, tolong kupas bawang putih sikit, cabai besaq sikit, bawang besar sikit. Lepas tu, tolong perisikan daging rebus tu (perisi membawa maksud menghuraikan daging tu menjadi zarah-zarah yang lebih kecil~hehe), ummi nak buat serunding.


Abang, Faeh, Adek!, tolong pi bukak sarung kusyen,ganti dengan yang ni (sambil ummi amik set sarung yang baru). Lepas tu, pi tolong clear kan depan rumah tu, sapu sampah, susun kasut.


Abah mana ada waktu ni, sehari sebelum raya baru abah ada 24 jam dekat rumah, selalunya pukul 8 pagi dah pi pejabat, petang nanti dekat-dekat nak berbuka baru abah balik. =)


Mengelat memang dah sah dah, PASTI punya! cewah~


Tapi semua kerja yang ummi suruh, siap. Kadang-kadang aku ke dapur tolong ummi masak (memang best walaupun lebih kepada mengacau). Kadang-kadang kakngah tolong ambil sarung kusyen untuk direndam sebelum dibasuh.


Selalunya bab perisi daging rebus memang lambat siap, kena pulak ummi buat 3 @ 4 kilo daging, memang qhenyah (qhenyah membawa maksud apa haa??... kena buat kerja yang teliti dengan kuantiti yang banyak.. ya kot). Kadang-kadang abah balik dari pejabat awal dan sempat tolong kami perisi daging.


Malam sebelum malam raya pula, kami bergilir-gilir mengacau serunding yang dah diletak atas dapur, sebab nak masak ambik masa yang lama, 2,3@4 jam kot.


Allahu Allah, best kenangkan kenangan lalu..


Kami bungkus tapai sama-sama, balut ketupat sama-sama, memasak bersama-sama. Hampir semuanya dilakukan secara bersama-sama...


Allahu Allah,


Alhamdulillah.. Aku bersyukur padaMu atas nikmat berkeluarga ini..


" ….Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat) kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih " (14:7)


Aku dan Ahli Keluargaku Melangkah Masuk ke Syurga Bersama-Sama.. insyaAllah =)



Sunday, September 12, 2010

Sayu Ramadhan


Mungkinkah ini natijah Ramadhan,
Hatiku bening berbuah senyum paksa,
Melihat dia,
Mengingatkan aku pada Yang Esa..
Allahu Allah..
Angkara Al-Baqarah ayat 155,
Engkau ingin ku dakap erat,
Ingin ku kucup tanganmu yang cacat,
Engkaulah orangnya..
Biar Allah uji dengan ketakutan dan kelaparan,
Biarkan dengan kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan,
Mata buta bukan penghalang,
Tangan cacat kau pandang ringan,
Sakit tua kau campak ke lautan,
Kau beriman dengan Al-Baqarah ayat 214,
Teguh, sungguh teguh keimananmu,
Allahu Allah..
Berbekalkan Ali-Imran ayat 19,
Perjuangan Islam Kau utamakan,
Syariat Islam panduan hidupmu yang tuntas,
Aku pasti,
Engkaulah wanita syurga..!
InsyaAllah..
Linangan airmata aku biarkan mengalir,
Menjadi bukti dan saksi,
Atas nama CINTA,
Ya, aku CINTA padamu,
Kerana Islam yang kau amalkan,
Kerana Islam yang kau pertahankan,
Kerana Islam yang kau perjuangkan..!
Bagaimana dengan pakaian jubah lusuh bersama tudung bulatmu,
Bagaiman dengan usrah yang kau ikut saban minggu,
Bagaimana dengan pengucapanmu,
Bagaimana dengan ukhuwwah mu,
Wahai Serikandi Islam, Engkau pasti hebat..!
Sehebat Rabiatul Adawiyah..
Amin, ya Rabbal ‘alamin~



Tulisan ini dedikasi buat Puan Rabi’ah (sahabiah ummi), seorang yang aktif dengan perjuangan Islam. Beliau berumur 54 tahun, mempunyai suami yang juga buta, juga madu kepada isteri muda (sempurna pancaindera) suaminya. Suami hanya pulang sebulan sekali selama lebih kurang setengah jam sahaja!. Beliau dikurniakan 4 cahaya mata, 3 lelaki dan 1 perempuan dan semuanya OKU. Sedih untuk diceritakan, anak perempuan beliau diperkosa oleh lelaki durjana dan meninggal dunia tidak lama kemudian. 3 orang putera beliau huffaz al-Quran. Beliau lah penerima zakat fitrah aku dan 2 adikku.. Semoga Allah terus memberiku kekuatan untuk membantu meringankan beban beliau dan anak-anak.

Sunday, June 20, 2010

Fizik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



PONDOK SIK.




Gambar hiasan



Pagi tu nyaman..

Dari dalam pondok, saya cuba tanya pendapat Ustaz Yazid a.k.a Ustaz Badi’ (pondok beliau bersebelahan dengan pondok saya) pasal minat saya nak sambung belajar dalam jurusan kejuruteraan.

‘toksah gi la, duduk sini ja lah..’

‘mung tu, mengaji ummu barahin (kitab usul) bagi khatam dulu’


Ya, saya memang tak habis lagi belajar kitab tu. Sayangnya nak tinggal, best sangat belajar usuluddin ni. Kenyang ilmu, stabil emosi, dan hebat amal..

‘Hazim, sesetengah ulama’ tak bagi belajar sains ni’..

Hah..!(dalam hati ja, sambil dahi berkerut memikir seribu tafsiran)

‘sebab senang bawak kepada mensyirikkan Allah’

‘mung nok gi ngaji sana jugak tu buleh, tapi kena hati-hati’

‘beramal bagi molek apa yang mung dah ngaji tuh’

‘bila - bila cuti maghi la pulak ke pondok ni, ngaji lagi’
kata ustaz sambil tersenyum.

Terdiam..

Pesanan beliau berbentuk kiasan yang mendalam. MasyaAllah, risaunya guru pada aqidah muridnya.

InsyaAllah ustaz, saya pegang pesanan tu. Berjanji dan berdoa di dalam hati agar tidak tersilap langkah dalam pengajian di UniKL nanti.



MIAT.




Gambar : Hangar MIAT



Dewan kuliah dan kelas tutorial ber’aircond’ tak pelik, tapi kalau hingga ke bengkel, tempat grinding, filing, dan engine assembly pun ber’aircond’, tentu pelik kan..?

Itulah MIAT, keselesaan yang mampu memujuk kelalaian dan sifat malas agar menaduduki takhta di hati setiap pelajarnya. Itu baru sebahagian dari pelbagai cabaran yang menanti pemuda – pemudi yang pernah berjanji untuk berpegang teguh pada agamaNya.
Firman Allah S.W.T: berpegang teguhlah kamu dengan tali2 Allah..

Tempat ini juga lah menjadi medan juang bagi sesetengah pelajar yang betul-betul ‘betul niat’.

Dengan nisbah pelajar lelaki dan perempuan yang begitu jauh (30:3), pasti mudah diteka maksudnya.
“INFLASI..”kata pensyarah saya. ^_^

Ya, ‘inflasi wanita’ bagi lelaki yang datang dengan niat mencari wanita, tap tidak bagi orang yang menuntut ilmu kerana harapkan pahala dan redha Allah.



PHYSICS AND AERODYNAMIC

pergh...


Let’s speak a little English..

PHYSICS, it is one of major subject where my intuitive fall on. What we have learn from Cikgu Hasni or Sir Harun in MMAS, from Prof. Danial or Mr. Hafizi in MIAT must be followed by some research that will bring us back to Allah, The Creator of me, cikgu, sir, prof, and mr..

I love to be a researcher on this matter.

>>Law of Conservation of Energy

We’re already known about this.. about what..??

“The conservation of energy is a fundamental concept of physics along with the conservation of mass and the conservation of momentum. Within some problem domain, the amount of energy remains constant and energy is neither created nor destroyed.”Taken from NASA website.

Or

“The law of conservation of energy is an empirical law of physics. It states that the total amount of energy in an isolated system remains constant over time (is said to be conserved over time). A consequence of this law is that energy can neither be created nor destroyed, it can only be transformed from one state to another"
Taken from Wikipedia.

See.. how physics will turn our aqidah down becomes syirk. That is the only unforgiven sin, we just did it.. but how..? by believe it, for me this fact is unbelievable.

As explaination, tauhid means "declaring Allah one." Rububiyyah is one of three type of tauhid (an Arabic word that is difficult to translate into English).

Another way of saying this is that Rububiyyah is a way of referring to Allah by His functions as God. Tauhid Rububiyyah thus means declaring that there is only One who holds these divine functions of creating and sustaining the universe, also destroying them..!

That is for my post. Please leave your comment below k.. ^_^

Last but not least, from Al-Quran Al-Karim..

"Our Lord! Verily, we have heard the call of one (Muhammad SAW) calling to Faith: ‘Believe in your Lord,’ and we have believed. Our Lord! Forgive us our sins and expiate from us our evil deeds, and make us die (in the state of righteousness) along with Al-AbrĂ¢r (the pious believers of Islamic Monotheism). (ali-imran;verse 193)

Wednesday, May 19, 2010

Introduction

In the name of Allah, the Compassionate, the Gentle. All praise is due to Allah, we praise Him, seek His aid, and ask His forgiveness.

We seek refuge in Allah from the evils in ourselves and from the bad consequences of our deeds.

Whomever Allah guides, there is none who can lead them astray, and whomever Allah leads astray, there is none who can guide them.

I testify that none is worthy of worship except Allah alone, without any partners, and I testify that Muhammad is His last Prophet and Messenger.

I am keen to start my writing with theme ‘belajar mengkaji, semoga Allah redha’. ^_^