Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Wednesday, November 16, 2011

Aku insan biasa


Aku insan biasa, ayat ni rasanya dah cukup ringkas dan padat. Tapi masih ada orang yang tak faham ataupun buat-buat tak faham, hiraukan orang yg taknak faham.


Siapa bilang aku rajin solat ?


Aku juga insan biasa, malas beribadah, malas solat awal waktu. Bila azan berkumandang, baik aku sambung tidur je, baik aku sambung main computer game (CS ke, HAWX ke, dotA ke, PES ke), baik aku sambung tengok movie-movie yang baru di’download’ ni, berbanding turun ke surau/masjid untuk solat berjemaah.


Tetapi, aku terfikir beberapa alasan logik manusiawi yang menyebabkan aku rasa seakan akan bodoh, serba salah, risau, kadang-kadang terharu, seandainya aku tak solat.


Antaranya ;


  • Solat merupakan perintah Tuanku (Allah), maka bila solat lima waktu tu dilaksanakan, ianya tak dipanggil ‘rajin’ sebab sebarang perintah dari Tuan ku (Allah) WAJIB dituruti, bukannya bila dilaksanakan digelar ‘rajin’.
  • Aku ni salah satu dari ciptaan (hamba) Tuan ku (Allah), cis bedebahnya aku sampai sanggup abaikan perintah Tuan ku (Allah).
  • Tuan ku (Allah) sentiasa berikan pertolongan, kebaikan, (kalau nak kira nikmat yang Tuan ku bagi kepada aku, post aku kali ni pasti dipilih sebagai post terpanjang di dunia) tapi perintah solatnya aku buat tak endah. Rasa bodoh pun ada.
  • Aku ni selalu mengaku sebagai Muslim, agamaku Islam. Jadi, bilamana salah satu dari rukun-rukun Islam pun aku tak mahu laksanakan, maka Islam spesies apa sebenarnya aku ni ?
  • Rasulullah yang namanya Muhammad b. Abdullah itu masih risaukan aku (umat baginda) walaupun pada ketika itu baginda tenat menunggu nyawa dicabut dari jasad. Sangat kurang ajar aku kira bilamana aku meninggalkan ajaran orang yang mengingati aku, risaukan keadaan aku ketika orang itu sedang berdepan sakaratulmaut.





Doa ku, supaya Tuan ku terus menerus memberikan kekuatan kepada aku untuk terus mengingati Nya, bersyukur kepada Nya, dan memperbaiki segala bentuk ibadahku kepada Nya. Aminn~