Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Wednesday, November 16, 2011

Aku insan biasa


Aku insan biasa, ayat ni rasanya dah cukup ringkas dan padat. Tapi masih ada orang yang tak faham ataupun buat-buat tak faham, hiraukan orang yg taknak faham.


Siapa bilang aku rajin solat ?


Aku juga insan biasa, malas beribadah, malas solat awal waktu. Bila azan berkumandang, baik aku sambung tidur je, baik aku sambung main computer game (CS ke, HAWX ke, dotA ke, PES ke), baik aku sambung tengok movie-movie yang baru di’download’ ni, berbanding turun ke surau/masjid untuk solat berjemaah.


Tetapi, aku terfikir beberapa alasan logik manusiawi yang menyebabkan aku rasa seakan akan bodoh, serba salah, risau, kadang-kadang terharu, seandainya aku tak solat.


Antaranya ;


  • Solat merupakan perintah Tuanku (Allah), maka bila solat lima waktu tu dilaksanakan, ianya tak dipanggil ‘rajin’ sebab sebarang perintah dari Tuan ku (Allah) WAJIB dituruti, bukannya bila dilaksanakan digelar ‘rajin’.
  • Aku ni salah satu dari ciptaan (hamba) Tuan ku (Allah), cis bedebahnya aku sampai sanggup abaikan perintah Tuan ku (Allah).
  • Tuan ku (Allah) sentiasa berikan pertolongan, kebaikan, (kalau nak kira nikmat yang Tuan ku bagi kepada aku, post aku kali ni pasti dipilih sebagai post terpanjang di dunia) tapi perintah solatnya aku buat tak endah. Rasa bodoh pun ada.
  • Aku ni selalu mengaku sebagai Muslim, agamaku Islam. Jadi, bilamana salah satu dari rukun-rukun Islam pun aku tak mahu laksanakan, maka Islam spesies apa sebenarnya aku ni ?
  • Rasulullah yang namanya Muhammad b. Abdullah itu masih risaukan aku (umat baginda) walaupun pada ketika itu baginda tenat menunggu nyawa dicabut dari jasad. Sangat kurang ajar aku kira bilamana aku meninggalkan ajaran orang yang mengingati aku, risaukan keadaan aku ketika orang itu sedang berdepan sakaratulmaut.





Doa ku, supaya Tuan ku terus menerus memberikan kekuatan kepada aku untuk terus mengingati Nya, bersyukur kepada Nya, dan memperbaiki segala bentuk ibadahku kepada Nya. Aminn~

3 comments:

  1. - Cahaya matahari boleh menembus sehingga berjuta kilometer
    - Cahaya mentol boleh sampai sehingga ke dinding rumah
    - Cahaya stadium dapat menerangi 1 kampung
    - Cahaya x-ray boleh menembus zat yang fizik
    - Cahaya hidayah = benar2 adalah CAHAYA

    CAHAYA YANG MENEMBUSI HATI MANUSIA.
    SEHINGGA BOLEH NAMPAK APA YANG BENAR & SALAH.

    Surah Al-Kahfi ada cahaya yang dimaksudkan.
    Cahayanya bergetar dalam DNA darah manusia sehingga bertahan selama 7 hari kalau ia dilafazkan pada hari Jumaat.

    Kalau syaitan yang zatnya diciptakan dari api itu pun mampu masuk ke salur2 & bebenang darah manusia,
    inikan pula zat cahaya yang jauh lebih kompleks & ghaib lagi suci ?
    sebab itu...
    CAHAYA HIDAYAH adalah kurniaan...
    Semua orang boleh mengucap,
    tapi benarkan dia orang yang beriman?
    Kalau dia beriman, apakah benar di dikurniakan CAHAYA HIDAYAH.

    Kalau ya...
    sudah pastilah dia dapat memintas situasi akhir zaman dengan mudah.
    bagi mereka yang tak dikurniakan,
    ya, katakanlah mereka ISLAM sekalipun,
    kalau hidayah & "cahaya kurniaan" tak diperolehi...
    tetap dia tak dapat melihat apa yang sepatutnya seorang MUKMIN melihat.
    Kerana dari asbab inilah,
    lahirlah goyyim2 yang berkeliaran yang tanpa disuruh akan ligat mencari kesalahan manusia2 yang baik untuk ditumbangkan.
    Orang macamni sangat ramai,
    sebab itulah menjadi orang yang pelik lagi asing adalah jumlahnya hanyalah 1 dari 1000 orang mahkluk berakal.

    ---Kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertaQWA---


    Doa ku, supaya Tuan ku terus menerus memberikan kekuatan kepada aku untuk terus mengingati Nya, bersyukur kepada Nya, dan memperbaiki segala bentuk ibadahku kepada Nya. Aminn~

    wahh!! dah update Ustaz Hazim =)

    ReplyDelete
  2. selalu zalimi diri sendiri. dan bila susah baru pandai nak tadah tangan minta bantuan. masa senang, langsung tak ingat... sedih! (bercakap mengenai diri sendiri(

    ReplyDelete
  3. Anonymous 1 : kamu benar :)

    Anonymous 2 : jom sama-sama kita perbaiki diri, mujahadah tu susah sebab hadiahnya syurga Allah :)

    ReplyDelete