Bismillahirrahmanirrahim...
Sabda Rasulullah SAW.,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal
kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk
mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)
*****************
Sedang si A menunaikan solat sunat di dalam masjid yang penuh dengan
orang ramai, terdetik dalam hatinya "biaq depa tengok aku semayang sunat,
mesti depa kata aku baik, soleh, hehehe syoknya"
Seusai solat si A ditegur oleh si B, “rajen ang semayang sunat nowh”.
Balas si A, “ya, semuanya 8 rakaat dan aku ikhlas kerana Allah.. J (dalam hati, punyalah
bangga masa tu. Huhu)
******************
Ikhlas.. satu ungkapan yang acapkali manusia titipkan dalam melakukan
sesuatu.. namun sejauh mana kebenaran ikhlas itu terungkap jauh dalam sanubari
insan? Mungkin hanya mahu menunjukkan betapa dirinya jujur saat itu. Akan
tetapi perlukah diungkapkan sebegitu?
Apa itu ikhlas? Jom kita tengok…
Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan
pengorbanan kita itu kerana Allah dan mengharapkan keredhaannya TANPA MENGHARAP
FAEDAH, NAMA, GELARAN, PANGKAT, SANJUNGAN, KEDUDUKAN DUNIAWI.
Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama
dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan
takut kepada kemurkaan-Nya.
Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung
perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana
mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu
dan didorong oleh yang satu iaitu Allah.
Dengan definisi diatas .. maka jelaslah ikhlas itu sesuatu yang sangat
sukar untuk kita kecapi. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui
oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar
kita.
"Keikhlasan
itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
Murabbi saya pernah menyebut ada
3 jenis kerosakan ikhlas yang berlaku pada 3 jenis keadaan :
1.
Awal ~
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah,
hati kecilnya berkata :
"Inilah masanya nak jadi popular", "Aku akan jadi
terkenal", " Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."
Ada juga yang berniat untuk menghentam individu atau
golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlas ibarat melukis
diatas air.
2.
Pertengahan ~ Kerosakan pertengahan pula contohnya niat
untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang
angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi
kesan itu hingga hati kecil kita berkata :
"Hebat juga aku hingga
ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
3.
Akhir ~ Kerosakan akhir pula contohnya niat dan
sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi
sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta
berkata :
"Hebat betul ceramah
ustaz tadi hingga ada yang menangis."
Ketika itu datanglah rasa riak dalam diri sehingga lupa semuanya itu
datang dari Allah jua.
Rugi kan orang-orang yg tidak ikhlas ni? Maka, sentiasalah beramal dengan niat kerana Allah. Dengan itu kita akan diberi pahala yang lebih baik dan
tinggi di sisi Allah.. sebagaimana firman Allah dalam surah Annahl ayat 97:
مَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى
وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَوةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ
بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia
beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik;
dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari
apa yang mereka telah kerjakan.
“Meninggalkan suatu amal kerana
orang lain adalah riya’. Sedangkan beramal kerana orang lain adalah syirik.
Ikhlas adalah ketika Allah menyelamatkanmu dari keduanya”
MK