Bismillah...
Tak reti menulis, tak reti berbahasa, apatah lagi bicara yang berbunga. Sekadar mengusap huruf di papan kekunci komputer riba. Maka, apa yang tercoret, itulah dimensi yang berlegar di ruang angkasa hati dan rasa.
Mujahadah… Perkataan yang acap kali keluar dari mulut sang
pemberi nasihat, pernah juga lancar mengalir dari mulutku, persoalannya cuma pada pelaksanaan. Buat ke tak buat ?
Mujahadah itu takkan pernah jadi mudah, jalannya bukan
hamparan karpet merah, bukan juga permaidani yang ditabur bunga penuh riang ria
dan senyum tawa. Jalan mujahadah itu susah dan payah, kerana pembelinya ingin
bayar dengan Syurga !
Kekadang tebit rasa letih, lemah, dan menyerah kalah dalam
bermujahadah. Dirasakan seperti pelari pecut yang tercungap-cungap di
tengah-tengah perlumbaan. Aku mahu menangis, tapi hati ini... kenapa menolak?
Terus menerus mencari waktu sesuai membujuk hati.
Teringat pada sabda Rasulullah dalam satu hadis qudsi “
Tuhan kita Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya. Pada setiap malam Dia akan
turun ke langit dunia yang terendah pada sepertiga malam lalu menyeru ‘adakah
terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu ? maka aku akan kabulkan. Adakah sesiapa yang memohon ampun kepadaKu ?
maka aku akan ampunkan “.
Ya, sepertiga malam. Itulah waktunya ketika embun mula
menitis dalam dingin malam. Bangunlah wahai diri, solatlah, panjatkan doamu pada
Pemilik hati. Mintalah keampunan dan keredhaan hidupmu dariNya, Dia Maha
Mendengar.
Aku pujuk dan terus pujuk hati ini, menangislah wahai hati.
No comments:
Post a Comment