Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Monday, December 3, 2012

Tawakkal tu best kot...



Bismillah..

Semua orang pening kepala, tak boleh tidur malam, tengah gosok gigi pun berhenti sebab memikir je, kadang2 termenung sorang2 kat atas katil, ada jugak yang meraup muka penuh sebab buntu idea. Tak lupa jugak ada member aku yang hanya boleh tidur lepas habis dengar bacaan yasin ! ( serius dasyat kawan aku sorang ni J ).

Semua ni sebab dah pegang status pelajar ‘tahun akhir’ di universiti. Entah la, nak kata seronok macam tak seronok ja, nak kata tak seronok punada juga seronoknya.. Ni semua sebab kebanyakannya stress memanjang (bajet). Nak buat apa pun seolah2 tak ada mood.


Kebanyakan yang geng-geng kami fikirkan ialah ;

  • Final Year Project (FYP) macam mana ni, sebulan lagi dah nak viva ?
  • Nak sambung belajar ke, atau nak kerja terus ?
  • Macam mana nak kerja nanti, syarikat mana nak ambil aku bekerja ?
  • Nak kerja bidang itu ke bidang ini ?
  • Nak kahwin dulu ke, atau nak kerja dulu setahun dua ?
  • Sambung belajar tapi kahwin dulu, macam tu ke ?


Masing2 fikirkan duit. Kalau kerja ni imbuhannya banyak ni. Kalau kahwin awal susah nak kumpul aset harta. Kalau sambung belajar perlukan duit jugak. Samalah, nak kahwin pun perlukan duit. So, macam mana ?.

Itu baru soal nak hidup cari makan la apa semua. Pasal kesinambungan dakwah lagi. Aku ni dai’e yang membantu dakwah Islam ke atau sebenarnya yang merobohkan dakwah ?

Teringin nak baca buku ni...


Come on hazim, baru Allah bagi ujian sikit, dah gelabah. Please la, Allah kan ada. J

‘Do the best, leave the rest to Allah’. Aku suka quote ni. Terselit tawakkal disitu. Maksud yang aku terjemahkan ialah, apa yang nak dirisaukan sangat, buat la apa pon yang baik, bersungguh-sungguh sampai habis habisan, lepastu tawakkal pada Allah. insyaAllah natijahnya pasti baik.

Allah kan suka orang-orang yang bertawakkal. Tak percaya ? cer tengok maksud ayat dari surah ali Imran ayat 159.  Surah atThalaq ayat ke 3 pon sama. Kata Allah ni suka mutawakkilin.

Jadi, amacam ? jom la jadi sebahagian dari golongan yang disukai Allah, dengan bertawakkal.

p/s : Nak pos sejak bulan 10 lagi, ntah la kenapa tak pos haritu. Final project pon dah present. Alhamdulillah, harap-harap okay.


2 comments:

  1. Ujian datang tanda Allah berbicara life dengan Muhammad Hazim Hussin Syukri.Maan najah :)



    'gambar bawah skali macam ada maksud..mmm..ntahlaa'
    _hurunain_

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, semoga Allah terima amalan kita semua, aminn.

    ReplyDelete