Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Wednesday, March 20, 2013

Don't ever think to test your Iman (1)




Bismillah...

It is a quiet weekend with my tiny wallet beside. I planned to do some part-time job, earn some cash for my daily expense. And so my luck is there since, Kapan (we called him, I don't know either how he got the name) was recruiting men for event security guard. It is a surprising to know what kind of event he had for this weekend.



Event security is the coolest part-time job I had done before. As simple as a dark plain hat with sunglasses, others will respect you like a CIA, aha~ (just because the job is easy, no tense, no hard work, no string attached.. I will call it a cool job..hehe)

Usually this kind of job need me to guard the event places. It could be main stage equipments, shirts store, marathon kits and so on and so forth. The task will be given by the boss. I am used to be security-man for sport day or national marathon. Just to earn extra pocket money.


The part-time job teaches me a lot. At least I know what kind of people did Malaysia has. I can see the cultures, habits on sport events, learn body language reactions, and not an exception I can also have some street dakwah in there, even though I'm not not a good one for that. At least I tried.

I can figure out on how hard Muslim in any occasion or event to pray. No sensitivity there. Or it can be said like they didn't know who they are in this tiny smally world. We call it, who,why,where basic questions. So I know, it is a long journey of dakwah, 'perjuangan dakwah masih jauh dan panjang'... until we could say, "if you wanna see what Islam is all about, just look onto me myself".

I do have usrah and liqa' for the sake of my own 'safety', still I am not earning a good muslim status yet (may Allah ease everything for me). Rasanya dah buat DnT, tapi bila pi kerja, tengok suasana, timbul 'eh, ramai lagi la...'


Cut the crap, this time the event was different...

I don't even know what kind of event I need to guard. Abu (not a real name) didn't tell me either. It was already 8 pm when we need to report at the event base. It is a rush after all, with maghrib at that time was 7.32 pm. Nevertheless, we manage to be at the base but a little bit late.

It was a dark street, ehem, it was a six-lane roads actually, three go three come. Just to get to the entrance gate, all need to pass by the dark road. I start to think why the Majlis Bandaraya didn't come and repair whatever discrepancies there. The lamp of course. oh, its okay then because I saw the electricity for the main tent is there, with blinking lightblue, red, some orange, then red back. Like a disco party I'd looked on TV and movies. (Aha, there have been hints already)

My heart started to beat harder and faster. It is not a good sign, I monologue. As my ride toward the entrance, I saw many medium size white box. I tried to have positive thoughts, maybe they are selling some junkies, sweets, or else carbonate drink. And off we go, it was really a dozen of drink cans in the box. But with the tag "Carslberg".

Astaghfirullah, I don't know what to say anymore. My heart starts beating faster and faster and it never stops since then.

***********to be continued..


Saturday, March 16, 2013

Kalam ini untukku


Assalamualaikum, lama tak menulis. Sibuk gamaknya :P Alhamdulillah diterima untuk buat latihan industri di Malaysia Airline System, Department of Engineering and Maintenance to be precise. Merasai fasa hidup orang berkerjaya ni.. Pada aku, penat. Allah, baru sikit je, bukan fully responsible lagi, komitmen lain pon takde, tapi penat. Yup, mungkin sebab ini first time kot. Semoga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat ku.

Ini, nak kongsi tulisan seorang ustaz, jumpa sesaja blogwalk tadi, silakan menjamu selera..

Apabila ditulis tajuk tulisan ‘wahai orang berdosa’, saya tidak menujukan kepada sesiapa melainkan kepada diri ini sendiri.  Ya, sayalah orang berdosa itu.  Saban hari dan minggu, ada sahaja dosa yang dilakukan samada sengaja ataupun tidak sengaja.  Apatah lagi dosa-dosa lalu yang entah bagaimana, samada masih tertulis di dalam buku amalan ataupun sudah dimaafkan oleh TUHAN Yang Maha Pemaaf dan Yang Suka Memberikan Kemaafan.

Betapa lemah dan lalainya diri ini.  KepadaNYA lah diharapkan hidayah dan taufiq.  Moga-moga dosa-dosa lalu, dosa-dosa hari ini dan dosa-dosa akan datang bisa diampuni oleh DIA.  Kerana DIA Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Dalam perjalanan kehidupan, kita kadang-kadang terlalai dan terpesona akan keindahan yang terlihat dek mata kita.  Lalu sehingga melencong masuk ke jalan atau lorong yang salah.  Kita mungkin cepat atau lambat sedar bahawa jalan yang dimasuki itu jalan yang salah.  Namun, apabila tersedar bahawa jalan itu salah, janganlah pula pasrah lalu putus asa bahawa tiada harapan lagi untuk pulang ke jalan yang asal, iaitu jalan menuju keredhaan ALLAH.

Kita masih ada harapan untuk buat U-turn atau buat pusingan-U dan masuk kembali ke jalan sebenar.  Walau jauh mana pun telah kita tersesat, walau jauh mana pun kita telah terlencong, peluang untuk kembali ke jalan yang sebenar sentiasa terbuka dan malah amat dialu-alukan oleh ALLAH, Rabbul-Jalil.
Betulkah?

Ya, berikut ini ingin saya senaraikan beberapa kalam ALLAH Yang Maha Mulia dan kalam Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bagi mencetus semangat dalam hati kita bahawa peluang untuk orang-orang yang berdosa sentiasa ada untuk kembali kepadaNYA.

1)  ALLAH suruh kita bertaubat dalam firmanNYA:

وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Yang bermaksud:  “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”  
(Surah An-Nur, 24:31)

2)  Peluang sentiasa ada dan jangan putus asa.  ALLAH Ta`ala berfirman:

قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُواْ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغْفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًا‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلْغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah az-Zumar 39:53)

3)  ALLAH sangat gembira apabila ada hambaNYA yang bertaubat dan mahu kembali kepadaNYA.  Dari Abu Hamzah Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menjumpai kembali untanya yang hilang di tengah-tengah padang gurun.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam riwayat Muslim, dikatakan maksudnya:

“Sungguh ALLAH lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA ketika hambaNYA itu bertaubat kepadaNYA melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang dikenderaaninya itu lari meninggalkannya padahal di atas haiwan itu terdapat makanan dan minuman orang itu, kemudian dia berputus asa untuk dapat menjumpainya kembali.  Dia lantas berteduh di bawah pohon dengan membaringkan badannya sedangkan dia telah benar-benar putus asa untuk dapat menemui kembali haiwan yang dikenderaaninya itu.  Kemudian ketika dia bangkit tiba-tiba dia menemui semula haiwan yang dikenderaaninya itu lengkap dengan bekal yang dibawanya.  Kemudian dia segera memegang tali kekangnya lalu berkata dengan sangat gembira, “Wahai ALLAH, ENGKAU adalah hambaku dan aku adalah TuhanMU.”  Dia  tersilap  mengucapkan kalimah itu akibat terlalu gembira yang sangat-sangat.”
(HR Muslim)

Lihat, betapa gembiranya ALLAH Subhanahu wa Ta`ala apabila kita mahu kembali kepadaNYA.  Hadith di atas adalah perumpamaan yang dibawa oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam dan ia bisa menjadi motivasi buat kita apabila ada orang berbisik atau menyakat kita seperti “engkau ni tiada harapan dah nak bertaubat” atau seumpamanya.  Ketahuilah, ALLAH suka bahkan sangat gembira.  Justeru, pulanglah kepada ALLAH.


Taubat sentiasa terbuka luas selagi belum terjadi 2 perkara, iaitu: 1) Kematian dan 2) Matahari terbit dari arah barat (tanda besar Hari Qiamat)
4)  ALLAH Subhanahu wa Ta`ala sentiasa membuka peluang yang sangat luas  untuk hambaNYA bertaubat selagi matahari belum terbit dari sebelah barat, iaitu tanda besar hampir berlakunya Hari Kiamat dan sebelum kita meninggal dunia.  Dari Abu Musa `Abdullah bin Qais Al-Asy`ari radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH Ta`ala senantiasa membentangkan tanganNYA pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu siangnya, dan membentangkan tanganNYA pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu malamnya.  Yang demikian itu berlangsung terus sampai matahari terbit dari sebelah barat (sampai hari mahu Kiamat).”  
(HR Muslim)

Dari Abu `Abdurrahman `Abdullah bin `Umar bin Khattab radhiAllahu `anhuma, dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan menerima taubat seseorang sebelum nyawanya sampai di kerongkong (sebelum sakaratul maut).”  
(HR at-Turmudzi dan katanya hadith ini hasan)

5)  ALLAH sentiasa mahu memberikan keampunan kepada kita walau sebesar mana pun dosa kita, asal sahaja kita mahu kembali bertaubat kepadaNYA.  Daripada Anas bin Malik radhiAllahu `anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

“ALLAH subhanahu wa ta’ala berfirman:  “Wahai anak adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-KU, niscaya AKU akan mengampunimu dan AKU tidak akan memperdulikannya lagi.
Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu memenuhi seluruh langit, kemudian engkau memohon ampun pada-KU, niscaya AKU akan mengampunimu.
Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-KU dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau menjumpai-KU dalam keadaan tidak berbuat syirik dengan apapun niscaya AKU akan datang kepadamu dengan pengampunan sepenuh bumi pula.”  
(HR Tirmidzi, beliau berkata hadith ini hasan)

Walau jauh mana pun dikau tersasar dan terlencong, kembalilah. Kembalilah ke jalan menuju ALLAH. ALLAH sayang kamu.

Nah, bukankah kalam-kalam mulia lagi benar di atas bisa menyegarkan hati kita? Bukankah dengan membacanya terbit cahaya memancar menyinarkan harapan?  Ayuh, jangan tunggu lagi.  Kita tidak tahu saat bila umur kita akan berhenti.  Dan kita juga tidak tahu bilakah matahari akan terbit dari arah barat yang menandakan dunia ini akan mati. Disebabkan kita tidak tahu, jadi penangguhan terhadap taubat adalah suatu yang sangat merbahaya.  Ia bisa menerjah tiba-tiba pada saat kita tidak bersedia dan tidak sempat bertaubat.

Janganlah termakan kata-kata hinaan rakan atau keluarga yang mengatakan kita tiada peluang untuk bertaubat.  Jangan terhasut bisikan-bisikan halus dalam hati yang mengatakan ALLAH tidak akan menerima taubat.  Dan janganlah pula terikut dengan ajakan nafsu agar taubat itu ditangguhkan ke suatu masa yang akan datang.

Semoga ayat-ayat di atas menyerap ke dalam dada kita untuk ia dijadikan tools kit kita supaya apabila kita terlencong atau tersasar dari jalan kebenaran, yakni jalan menuju keredhaan ALLAH, kita segera dapat berhenti dan pusing kembali masuk semula ke jalan yang benar.  Sungguh, pada kalam-kalam ALLAH dan RasulNYA terdapat kekuatan yang luar biasa buat orang-orang yang beriman, juga kepada orang-orang yang belum beriman.

ALLAH sayangkan kita semua.  ALLAH mahukan kita semua masuk ke dalam SyurgaNYA.  ALLAH mahu berjumpa kita dalam keadaan DIA redha dan kita redha.  ALLAH alu-alukan taubat kita.  Justeru, bertaubatlah sekarang.  Jangan tangguh lagi.