Bismillah..
Ni cerita tentang tok pin cengkoi dan isteri beliau, tok
minah. Sekitar tahun 80-an dulu, rumah buruk tok pin tak jauh dari rumah tok,
lebih kurang 2 km.
Tok dan Wan hidup dengan kerja memotong getah, sama juga
dengna tok pin dan tok minah. Mengikut cerita tok, tok pin cacat orangnya. Tak
banyak, Cuma di bahagian tangan kirinya keras membengkok dan tak boleh
bergerak. Tangan cacat tok pin buat tok pin sedih, sebab satu-satunya mata
pencarian ketika itu dengan memotong, masakan tok pin boleh pegang pisau
memotong dengan sebelah tangan.
Tok minah hadir dalam hidup tok pin dengan niat yang sangat
murni, nak jaga tok pin. Maka setiap kali lepas subuh tok minah dan tok pin
akan bergegas ke kebun getah. Tok minah akan memotong dan tokpin jadi tukang
kutip getah.
Begitulah norma hidup masyarakat kampung di sini. Tok dan
wan juga sama, bermandi peluh membanting tulang empat kerat untuk mengerjakan
kebun getah milik mereka. Anak cuma seorang, abah.
Tahun yang sama, abah diterima masuk ke universiti, tok dan
wan berusaha lebih gigih mencari duit buat belanja abah. Tok dan wan keluarga
susah, hanya punya tanah kebun sebidang untuk dikerjakan.
Abah memerlukan duit buat belanja awal kemasukan universiti,
lebih kurang rm300. Tok dan wan susah hati, siang malam memikirkan cara
mendapatkan duit. Sejak kebelakangan itu pula hujan kerap turun membuatkan tok
dan wan tak keluar memotong. Tok tak ada barang kemas untuk dijual,
mengharapkan duit ehsan hasil dari kelas al-Quran yang diajar Wan di rumah saja
tak cukup.
Maka, tok dan wan bertebal muka, dengan rasa sangat malu
menuju ke rumah tok pin untuk meminjam duit. Kata tok ‘nanti aku bayar balik
sikit-sikit dengan duit hasil memotong nanti, terimakasih banyak-banyak sebab
tolong aku’. Tok minah jawab ‘hang guna la duit tu, bila-bila aku perlukan duit
nanti aku minta hang bayar la’.
Tok jadi malu alah. Pantang untuk meminta-minta dengan orang
lain, itu bukan amalan tok dan wan. Sebelumnya tok pernah cuba pinjam tapi
orang tak bagi sebab risau tok tak mampu bayar balik sebab tengok keadaan tok
dan wan sangat tak berkemampuan. Tapi tok dan wan sangat amanah, hutang tok pin
habis dibayar walaupun belum diminta.
"Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari Qiamat. Barangsiapa memudahkan urusan mukmin yang sulit, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya."
(Riwayat Imam Muslim)
No comments:
Post a Comment