Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Wednesday, February 23, 2011

Antara Aku Dan Annajihah



Bermula dengan satu kebetulan.. Hanis (roommate aku) t

anya samada aku nak pendapatan sampingan selain dari mengharapkan pinjaman pelajaran MARA tu. Kata Hanis, ko kena MENGAJAR, bayarannya (ada lah~)……. Yang ada cuma subjek Sains, Math, BI dan BM. Awal – awal lagi Hanis cup untuk mengajar Math dan Sains, jadi aku terima saja lah BM dan BI tu walaupun tak reti mana.


Antara sebabnya ialah :


1) Mahukan duit tambahan (entah la kenapa, padahal MARA bagi dah cukup banyak kot, simpanan masa depan kononnya^_^)


2) Nak tolong seorang kawan, sebab kami (aku dan Hanis) merupakan pemula untuk sistem akademik di pusat tahfiz tu, sebelum mudirnya, ustaz zawawi dapatkan kelulusan dari pihak kerajaan untuk wujudkan peperiksaan SPM di situ.


3) Sebab soal siapa yang akan aku ajar tu merupakan sekumpulan penghafaz ayat suci al-Quran, pelajar ilmu agama, ini yang buat aku lebih bersemangat.


Maka, jadi lah aku seorang ustaz (walaupun ada yang teringin nak panggil cikgu, aku tetapkan dengan panggilan ustaz, haha). Dah jadi salah seorang tenaga pengajar di sinun, barulah terasa peritnya cikgu – cikgu aku dulu bersusah payah mengajar aku mengenal ABC123, peritnya lebih untuk mendidik aku dengan aqidah yang betul, mengenal Allah yang satu.


Positifkan diri sendiri, sebab inilah masanya nak buat amal jariah yang mana akan berkekalan hatta aku sudahpun mati. Sabda Rasulullah S.A.W Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang berguna dan anak yang soleh yang mendoakannya"


Tiap-tiap kali nak pergi ngajar saja, mesti ada ujian dari Allah. Malasla, assignment banyak yang tak siap lagi, ada futsal la, tak sempat prepare bahan mengajar la(padahal dok buang masa ja), rasa tak sedap badan la, tak payah pergi la hari ni postpone esok ja.. dan macam-macam lagi la alasan.


Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk aku terus ngajar sampai la ke hari ni. Walaupun letih layan kerenah budak-budak (bayangkan la apa jadi kalau budak dari tingkatan 1 sampai ke tingkatan 5 duduk sekelas, ghaplah~~). Walaupun tiap-tiap kali selepas mengajar aku sakit tekak. Aku tetap nak teruskan mengajar, moga redha Allah yang aku harapkan tu aku dapat. Nak harapkan ibadah seharian, banyak yang compang – camping, Allah..


Firman Allah Subhanahu wata’ala dalam al-Furqan,

“Dan orang – orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan – jalan Kami. Dan sungguh, Allah berserta orang – orang yang berbuat baik” (29:69)


Jadi, aku berharap supaya penglibatan aku dalam mendidik golongan huffaz ni dipandang oleh Allah dengan pandangan redhaNya, pandangan rahmatNya. Semoga amalan aku diterima oleh Allah. Amin..

Menjadi ibu bapa juga menjadi guru kepada anak - anak (gambar hiasan)

Tuesday, December 21, 2010

formspring.me

Monday, November 22, 2010

Belajar Nikah Belajar


Bismillah...





Pena menari di atas kertas, jari-jemari galak menggeletek papan kekunci komputer, tanda seronok bila perbicaraan mula masuk soal nikah, tambah-tambah nikah ketika masih belajar. Isu hangat diperkatakan siswa siswi IPT sekarang, “Nikah Khitbah”..


Tanya saja pada siswa mahupun siswi daripada apa bidang pengajian sekalipun, nikah mula menjadi manisan bicara tatkala menginjak ke semester baru, tapi perlukah seawal semester 3..? Erk.. Mungkin Pelajar Lelaki MIAT mengalami krisis mencari calon isteri, masakan tidak, purata lelaki dan perempuan sampai ke 1 perempuan nisbah kepada 10 lelaki.

..............


“MARA yang aku dapat ni masih x cukup la nak sara dia”.. “Ape yang ko takutkan, nikah le, insyaAllah rezeki akan bertambah”,


“Isy, aku rasa nak study lagi la, 2 atau 3 tahun lagi aku fikirkan balik la”.. “InsyaAllah dia ada sebagai pemberi semangat belajar, nikah je dulu”..


Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk nikah..?

Kata seorang cikgu, “bila kita mula rasa bertangungjawab untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk NIKAH”.. Bila seseorang lelaki itu boleh menjiwai perasaan seorang suami atau ayah dan seseorang wanita itu menjiwai perasaan seorang isteri atau ibu, itulah masanya.


Jom semak penjiwaan suami atau isteri (idea aku sendiri, boleh ja nak terima atau tolak):


MARA bagi RM***.** sebulan untuk kos sara hidup,

  • Berapa ringgit yang pernah digunakan untuk membeli keperluan adik-adik tatkala ibu dan ayah tiada di rumah..? (dalam konteks meringankan beban ibu dan ayah)
  • Berapa ringgit yang didermakan ke surau atau masjid, adakah duit sesen dua yang jumpa di celah mesin basuh..?
  • Bagaimana dengan percaturan duit masuk dan keluar setiap bulan, masuk rm700 tapi yang keluar rm800..?


Bagaimana dengan ibadah harian:

  • Solat 5 waktu pun masih dilewat-lewatkan (angkara Facebook mungkin), mungkin saja qhada solat yang paling kita gemari.. apa ni..?
  • Tulisan jawi pun tak lulus..! 'bumi' dibaca bom dan 'zikir' dibaca zakar.. apatah lagi mahu baca Al-Quran.. apa ni..?
  • Puasa Ramadhan pun masih tak penuh-penuh, apatah lagi mahu puasa sunat.. apa ni..?


Bagaimana dengan perisai ilmu agama:

  • Sifat 20 dah hafal, tapi bila ditanya tujuannya, hanya senyum ala-ala kerang busuk yang jadi jawapan.. apa ni..?
  • Halal dan haram pun tak tahu punca, ikut sedap perut saja.. apa ni..?
  • Amanah dipandang enteng, rasuah jadi amalan, maksiat dipandang baik.. apa ni..?


...................


Fikir-fikir balik.. dimana duit dihabiskan:


- Kamera DSLR
- Henset baru
- Jam tangan Fossil
- Laptop baru
- Pakaian berjenama dari butik
- Kasut Crocodile, Dr Cardin, RPG
- Motorsikal baru LC135, 125zr, Ninja250
- Kebaya sutera yang semestinya mahal
- Wedges yang mengancam jiwa wanita (betul ke ejaan wedges utk kasut tumit tinggi)


Pendek kata, semuanya mesti up-to-date..!


Kalau beginilah keadaannya, pasti kamu setuju dengan aku bahawa nikah sekalipun takkan membawa kebahagiaan dan ketenangan, dan jika bahagia sekalipun tak berkekalan. Soal nikah (mendirikan rumah tangga) pada aku bukan soal kecil yang hanya boleh difikirkan selama 2 minit sejurus selesai kursus pra-perkahwinan, tapi aku melihat nikah itu sendiri sebagai pencetak generasi rabbani, dan generasi ini takkan terhasil dari jiwa yang masih leka dengan layanan karut facebook, game PS, atau dari peribadi yang memandang remeh soal agama serta lemah jati diri muslimnya.


Tetapi jika sedari semester 3 ini, kamu sudah serius dalam memikirkan tanggungjawab kamu sebagai anak, anggota masyarakat, hamba Allah, dan pemimpin ummah, maka kamu sebenarnya sudah layak untuk memikirkan soal nikah sekalipun umur kamu masih muda.


Ada saja orang yang memikirkan bahawa dengan bernikah akan melepaskan dirinya dari ujian masalah orang bujang. Betulkah..? Ya, mungkin masalah orang bujang itu akan selesai, tapi ujian masalah sebagai orang yang beristeri/bersuami pula yang akan mampir. Herm.. bukankah hidup ini merupakan ujian..? Cuba semak al-Baqarah ayat 214… dah baca..? betulkan? bahawa hidup ini ujian..


Statistik Perceraian Seluruh Malaysia


Statistik yang dicedok dari Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM yang menunjukkan peningkatan jumlah pasangan-pasangan yang menggegarkan arasy Allah(bercerai) dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes penceraian ini melibatkan pasangan muda yang baru mendirikan rumahtangga. Aku bawakan rekod ini bukan untuk menakut-nakutkan, tapi sekadar memberi peringatan supaya kita memandang 'nikah' ini dengan pengertian yang lebih lengkap dan matang.


“Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dngan menjaga keberkatan Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa sukar untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon kekuatan dan pertolonganNya tidak semudah yang kita gambarkan” Cikgu Azmi


Kita Pemimpin..!


Itu saja untuk kali ni, Selamat Berfikir ^_^


p/s: Ringankan tangan untuk mengkomen ya~