Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Monday, October 1, 2012

Bila down...



Bismillah...


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tak mengetahui” (2;216)


Pernah rasa down ?
Down ialah perasaan lemah yang hadir bilamana kita tak dapat apa yang diingini (suka hati la nak terjemah macam mana).

Down ni lumrah, ataupun fitrah manusia. Kata bijak pandai, hidup ini umpama roda, kadang-kadang dok di atas dan kadang-kadang dok di bawah. Berlaku dalam banyak segi, antaranya ialah dalam gerak kerja dakwah tarbiyah (selalu disebut sebagai futur), dalam pelajaran, sehinggakan dalam percintaan sekalipun manusia akan diuji dengan ‘down’.


Bila down, kita akan sedih, murung lama, termenung panjang mengingati semula benda yang kita dah hilang atau tak dapat. Mungkin saja ketika anak buah usrah (mad’u) yang diharapkan taat dan patuh telahpun berpaling tadah. Mungkin juga ketika gagal sebahagian subjek yang dipelajari. Mungkin juga selepas bertikam lidah sesama suami isteri.

*********

"Sikit-sikit down sudah la Faruq" nasihat kawannya. "Tak perlu sampai hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Down itulah ujian bagi kau dan kau kena ingat bahawa Allah uji setakat yang hambanya mampu sahaja dan Allah Maha Mengetahui semampu mana kau boleh tahan." syarah calon Imam Muda itu mulai mesra di hati sahabatnya Umar.

Apa aku lupakah pada firman Allah (30;54) “sesungguhnya aku ciptakan manusia itu dalam keadaan lemah, dan Allah akan menjadikan kamu kuat...”.

Apa aku lupakah pada firman Allah (29;2,3) “Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji ?"

Apa aku lupakah pada firman Allah (2;155) “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit katakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-pang yang sabar."

Apa aku lupakah pada pesanan ‘alim ulama’ bahawa Allah itu sangat suka pada hambanya yang meminta-minta.

Satu persatu dalil yang dihafal melalui perjalanan hidupnya sebagai rais halaqah kampus muncul di kepala Umar memikirkan keaadannya yang sedang 'down'. Tepat jam lima suku pagi tu, Umar bingkas dari katilnya, bergegas mengambil wudhu' dan solat tahajud dua rakaat. Masa selebihnya, Umar duduk berteleku di sejadah berdoa tanda syukur, kerna punya sahabat seperti Faruq, kerna Allah memilihnya menyertai halaqah kampus.

**********


"Dan mohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat" (2;45)



Hikmah DOWN
  • Buat kita jadi lebih kuat untuk ujian seterusnya. 
  • Buat kita kembali menilai amal ibadah kita.  
  • Buat kita kembali meneliti hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia lain. 
  • Buat kita sedar bahawa kita ni hamba tertakluk pada takdir Allah.  
  • Buat kita terfikir sehebat mana kita merancang, perancangan Allah itulah yang terbaik.  (banyak lagi hikmahnya, sila sambung sendiri ye).


“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (94;6)






No comments:

Post a Comment