بسم الله الرحمن
الرحيم...
Kubiarkan jari jemari menari di 'keyboard', melakar apa yang terbuku di hati, walhasil, Alhamdulillah terukir sesuatu di sini. Semoga bermanfaat :)
SYADID..
Satu kalimah yang sering diperkatakan kepadaku, kepada cara pemakaianku terutamanya. Syadid lebih mesra dengan maksud 'keras' atau 'tegas'. Andai tudung labuhku kau gelar syadid, maka syadid aku terima, kerana tegasnya aku untuk melawan ajakan nafsu dan dari kaum kafir yang tak henti2 melontar racun minda saban hari.
"eh kau ni, tak payah la nak syadid sangat soal aurat tu".. "buat rileks2 sudah laaa" "pakwe aku kata boleh la pakai macam ni" .. "rase dah okay je, ini dah tutup semua kot".. "awak, nanti kita kahwin tak payah la awak pakai macam ni . pakai la 'grand2' sikit macam artis tu haa, baru la up-to-date"..

"Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan oleh kita yang mengaku muslim"
Sahabat, aku tidak seperti kamu..tarbiyahku berbeza denganmu.. Sungguh, aku sedih melihat kamu dilitupi selendang yang 'tabarruj', tudung
bawal yang singkat tak melepasi dada, kerudung yang membelit leher, baju yang muat2 badan tambah dengan "blink2"nya lagi. fuhh..
Teman, aku tidak ditarbiyah sebegitu.. padaku, wanita itu sendiri adalah aurat.. berdasarkan mafhum hadis “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi).
Sedangkan perempuan yang bertudung labuh pun, para ajnabi lelaki tengok lain macam, inikan pula yang pakai singkat-singkat dan berhias lebih-lebihan, mahu tak berkelip mata mereka menambah dosa.
Astaghfirullahal'azim…. T_T

Cuba kita lihat kata-kata saidina umar R.A ni :
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang
seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."
Rasanya kata-kata ini sudah jelas menunjukkan wanita itu fitnah bagi
lelaki. Jadi, nasihatku sebagai muslimah kepada muslimah lain, jagalah sebaik-baiknya diri kita keseluruhannya.
Agama kita menyuruh menutup aurat dengan sempurna, bukan menutup
sekadarnya sahaja sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59..
يا أَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ
وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّ
ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًۭا
رَّحِيمًۭا :
Hai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sahabat, kita kena selalu ingat Allah
tidak suka pada yang bertabarruj kerana tabarruj itu adalah sifat-sifat
jahiliyyah. Firman Allah dalam surah
al-ahzab ayat 33 :
ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
“Dan janganlah kamu berhias dan
bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”.(QS: Al Ahzab:33)
Teman, sesungguhnya aurat kita, kecantikan kita hanya untuk suami, bukan
untuk tatapan umum. Aku tidak menghalang kamu untuk memakai apa yang kamu suka.
Aku hanya berpesan padamu agar hidupmu jauh dari dosa yang kita tidak nampak.
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم
إن
الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم
Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada
rupa paras dan harta kamu tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati
kamu".”(HR Muslim 2564).
Hadis ni jelas kan.. Sekiranya dari kalangan kita selalu memikirkan
berapakah nilai pandangan Allah pada hatinya, sudah pasti dia akan menyiapkan
dirinya, sebagaimana dia menyiapkan pakaiannya, wajahnya apabila dia keluar
berjumpa dengan manusia.
Sahabat, berpakaian yang baik itu juga suatu bentuk dakwah. Tanpa perlu berceramah dan berforum Islam, cukup dengan aurat yang terjaga. Teringat tentang satu kata-kata dari figura dakwah yang aku sanjungi
' Kalau nak selesa itu bukanlah KERJA
DAKWAH '
-
Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.
Presiden
PAS ke-6 [1988-2002]
Al-Fatihah.
Kalau nak terlalu cantik, terlalu selesa, makan melebihi yang sepatutnya, susahla nak buat kerja dakwah.. betul tak sahabat?. Akhir kalam, aku bawakan sepotong kata2 ini untuk diamalkan bersama.
"Sebaik-baik wanita adalah yang
tidak memandang dan dipandang'
(Saidatina Aisyah R.A)
La haula wala quwwata illa billah hil 'aliyyil 'azim..
wallahua'lamubissowab… ^_^
p/s : aku yang menulis, tentu saja aku yang mula2 membacanya, pesanan ini untuk diriku terlebih dahulu kerana diriku juga masih belum cukup solehah.. aku masih mengejar solehah yang diidamkan supaya mulia di mata Allah...
MK
No comments:
Post a Comment