Selalu kau berdosa
Dahulukan mimpi sebelum realiti
Selalu kau bermaksiat
Dahulukan nafsu sebelum akal
Selalu kau berbuat mungkar
Dahulukan ajakan kawan sebelum suruhan Tuhan
Kau tak segan ke? bukan dengan manusia, sebab banyaknya manusia
sekarang perihalnya hidup diulit dosa, redha dengan maksiat, persetujuannya
dengan mungkar.
“Jangan pergi ! aku masih belum habis dengan kau”
Tak segan dengan Tuhan ?, ya ! Aku maksudkan Allah..
Semalam kau bermaksiat, hari ni Dia bangunkan kau dari tidur
sempurna anggota badan, bahkan semakin sihat.
Semalam kau berdosa, hari ni kau masih bernafas dengan udara
yang sama, bahkan semakin segar.
Semalam kau berbuat mungkar, hari ni kau berpeluang senyum,
gembira, riang bersama keluarga, bahkan dieratkan hubungan kalian.
Aku nak kau tanya balik jiwa kau, bertuhankan Allah ka dia ?
atau sudah punya ilah lain ?!
******
Allah sangat hampir dengan kau, rahmatNya melimpah ruah, tapi kenapa kau lari ?!
Ya, kau lari, rahmat Allah sentiasa ada, bukan Allah taknak bagi, tapi kau yang tak mahu ! dengan dosa, maksiat dan mungkar yang kau buat, kau sebenarnya sombong dengan Allah !
Hakikatnya kau yang lari dari rahmat Allah.
Seganlah dengan Allah.
******
Allah, Kau Tuhanku, Kau cipta aku, Kau juga pemilik aku.
Andai aku mati diketika ini yang Kau mahukan, Kau pasti boleh buat sebab Kau Tuhan.
Tapi, Kau biar aku terus hidup.
Aku tak tahu kenapa Kau biarkan aku yang selalu lupakan Kau ni terus hidup.
Baiknya Kau ya Allah..
Allah,
Kau sememangya Tuhan yang layak disembah.
Kau ampunilah dosa - dosa aku.
Kau redha lah dengan hidup aku.
Itu saja yang aku sanggup minta.
Sungguh aku segan, malu nak minta yang selebihnya.
No comments:
Post a Comment