Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Wednesday, October 30, 2013

Niat


Bismillahiwalhamdulillah, dah sebulan lebih sejak pertama kali menjejak kaki di sini. Niatnya dibaca, nak habiskan Master dengan cemerlang. Tapi kekadang menyimpang jugak. Eh, bukan kekadang, selalu kot. Huu

Maka niat need to be refurbished, habiskan Master dan berjalan tempat orang, rasai pengalaman sebagai foreigner, outsider, newcomer, apa2 je la. Blend with peoples around, neighbours. Make a lot of new friends. Some from Nigeria, Germany, Lebanon, Egypt, and more countries. Upgrading my English.

Ha, panjang niatnya.

Sebenarnya terkedu sejak sampai di Heathrow Airport, sebabnya semua benda nampak baru, rasa rendah diri, rasa tercabar, dengan persekitaran baru, cuaca baru, pakaian berubah... ini semuanya baru !

Dahh, cultural shock. Habis cerita.

Dulu masuk waktu zohor pukul 1.30, tapi solat pukul 2.30.. Di sini, 2.30 dah masuk asar !
Dulu tidur atas tilam keras atau karpet ja, sini masyaAllah tilam n duvet dia.. dasyat !
Dulu berpeluh ja walaupun tak pakai baju, sini dah joging 30 minit pon belum tentu keluar peluh !
Dulu ada ja dengar azan, boleh alert nak semayang, sini mana ada !

Nak bawak perempuan masuk bilik, takdak hal.
Nak pi parti buih, takdak sapa larang.
Nak tengok porno, takdak internet buffering.
Nak hisap ganja, tonggang arak, takdak sapa hirau.

Maka sekali lagi hati perlu dipasak, dikejapkan. Niat dimurnikan. Plan tindakan pengukuhan iman kena di seragamkan.

AlQuran, Ma'thurat, Usrah, Dhuha.. Benda basic nikena mantap.

Niat: Aku mai sini nak menuntut ilmu, nak sumbang sebanyak mungkin kepada agama Islam. Nak mohon sangat2 kat Allah, agar Dia redha akan hidup aku. Sebab, tu lah matlamat kita kat dunia ni.

Kalau Allah tak redha, takdak apa dah la, habis cerita. Na'uzubillah.

Ingat tu hazim !


Monday, October 14, 2013

Kami di Gold Coast



Bismillah… lama tak menulis, sibuk katanya. Dah ada di Wales, baru terasa nak tulis pasal Gold Coast. Hmm.

Kononnya harga tiket murah, sangat-sangat murah, padahal caj sana sini, AirAsia la tu. Beli tiket untuk tujuh orang tapi yang selamat sampai di Gold Coast 6 orang ja, ha ? (Adik ada trial SPM, so burn satu tiket) Allah dah lama rancang, dan rancangan Allah memang cantik.

5 hari 4 malam di Santana Holiday Resort, more like an apartment. Sewa kereta sebiji lebih kurang AUD400 kot kalau tak silap (ni yang tak syok tulis lambat ni, terlupa habis). Apartment ni tepi pantai nama Surfers Paradise, nasib baik kami sampai di penghujung musim sejuk jadi tak berdarah la mata, ye la tepi pantai tu, you know what I mean.

Tempek GPS sekeping dan bermulalah pengembaraan kami, banyak tempat jugak yang kami masuk, sat nak ingat balik.
  • ·         Currumbin wildlife sanctuary
  • ·         Sea world
  • ·         Movie world
  • ·         Dream world. Eh bukan, Wet n Wild Water world.
  • ·         Tamborine Rainforest skywalk
  • ·         Harbour Town
  • ·         Carara Market
  • ·         Dan tak ingat dah…


Allah uji kami di Wet n Wild water world, tiket masuk dah dipakejkan. Ini taman tema air paling femes, tengok dari luar pun memang perhh la.

Masing-masing rasa tak sedap hati, tapi masuk jugak, mana tau mungkin ada private section ka, family corner kind of ka. Tapi 5 minit ja lepak kat café lot dalam tu, terus keluar, masuk kereta, shoot ke shopping mall. Nak join memang tak la, berbuih mulut ni ha tengok pakaian depa (eh, ada pakaian ka? Haha), lupa pulak nama tempat ni WET and WILD.

Burn tiket lagi, AUD30 kot untuk satu ‘world’ tu, tak pasti, cek balik la. Tapi takpa, duit boleh dicari, iman? Jangan cari pasal. Allah dah buka hati kita, jangan pi gatai tutup, risau nanti tak terbuka dah. Alhamdulillah.
Kami jumpa Masjid Gold Coast, itulah masjid terbesar kat Gold Coast, alamak lupa dah nama jalan ke masjid tu.

Makan. Umi bawak nasik impit n kuah kacang!. Sekejap ja dah habis. Pi pasar beli ikan, sayur, gula garam, masak sendiri, selesai. Tapi ada jugak cuba restoran terdekat, nasik arab dan kebab.

Malam di sana memang tak ‘hidup’. Sunyi ja. Ada satu malam tu kami pi pasar kraftangan tempatan, tepi pantai. Memang style la, kreatif. Paling best buyer takdak cash ni, dia cakap no problem sambil keluarkan portable credit card machine. Buyer swap, amik barang dah blah. Ingat kan satu kemah tu ja ada machine tu, rupanya hampir semua ada, tersangkut kat pinggang masing-masing. Kat Malaysia mana ada orang berniaga pasar malam bayar pakai kad. Hee

Anyway, musafir ni mengeratkan lagi hubungan kami, itu paling penting. Saidina Umar sendiri kata kalau kamu belum bermusafir dengan teman kamu itu, maknanya kamu belum kenal siapa dia. Alhamdulillah selesai musafir, bawak balik souvenir sikit untuk angah (angah nak ikut tapi tak boleh sebab dekat dengan tarikh due, sedih kot).

Semoga Allah terus menerus mengeratkan silaturrahim keluarga kami, bahagia bergandingan ke syurga insyaAllah.

Sekian saja dari saya,
trip manager. hehe 

Kami sebaya!
(gambar takda kena mengena dengan post)


Thursday, July 18, 2013

Sejarah

Bismillah..




Ni cerita tentang tok pin cengkoi dan isteri beliau, tok minah. Sekitar tahun 80-an dulu, rumah buruk tok pin tak jauh dari rumah tok, lebih kurang 2 km.

Tok dan Wan hidup dengan kerja memotong getah, sama juga dengna tok pin dan tok minah. Mengikut cerita tok, tok pin cacat orangnya. Tak banyak, Cuma di bahagian tangan kirinya keras membengkok dan tak boleh bergerak. Tangan cacat tok pin buat tok pin sedih, sebab satu-satunya mata pencarian ketika itu dengan memotong, masakan tok pin boleh pegang pisau memotong dengan sebelah tangan.

Tok minah hadir dalam hidup tok pin dengan niat yang sangat murni, nak jaga tok pin. Maka setiap kali lepas subuh tok minah dan tok pin akan bergegas ke kebun getah. Tok minah akan memotong dan tokpin jadi tukang kutip getah.

Begitulah norma hidup masyarakat kampung di sini. Tok dan wan juga sama, bermandi peluh membanting tulang empat kerat untuk mengerjakan kebun getah milik mereka. Anak cuma seorang, abah.

Tahun yang sama, abah diterima masuk ke universiti, tok dan wan berusaha lebih gigih mencari duit buat belanja abah. Tok dan wan keluarga susah, hanya punya tanah kebun sebidang untuk dikerjakan.
Abah memerlukan duit buat belanja awal kemasukan universiti, lebih kurang rm300. Tok dan wan susah hati, siang malam memikirkan cara mendapatkan duit. Sejak kebelakangan itu pula hujan kerap turun membuatkan tok dan wan tak keluar memotong. Tok tak ada barang kemas untuk dijual, mengharapkan duit ehsan hasil dari kelas al-Quran yang diajar Wan di rumah saja tak cukup.

Maka, tok dan wan bertebal muka, dengan rasa sangat malu menuju ke rumah tok pin untuk meminjam duit. Kata tok ‘nanti aku bayar balik sikit-sikit dengan duit hasil memotong nanti, terimakasih banyak-banyak sebab tolong aku’. Tok minah jawab ‘hang guna la duit tu, bila-bila aku perlukan duit nanti aku minta hang bayar la’.

Tok jadi malu alah. Pantang untuk meminta-minta dengan orang lain, itu bukan amalan tok dan wan. Sebelumnya tok pernah cuba pinjam tapi orang tak bagi sebab risau tok tak mampu bayar balik sebab tengok keadaan tok dan wan sangat tak berkemampuan. Tapi tok dan wan sangat amanah, hutang tok pin habis dibayar walaupun belum diminta.

"Barangsiapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, nescaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari Qiamat. Barangsiapa memudahkan urusan mukmin yang sulit, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya." 
(Riwayat Imam Muslim)

*Semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah tok pin dan tok minah. Berkat duit pinjaman mereka, abah punya duit buat membeli buku dan alatan pelajaran. Abah akhirnya dapat belajar dan tamat universiti dengan keputusan yang baik.