Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Tuesday, September 11, 2012

Mujahadah

Bismillah...


Tak reti menulis, tak reti berbahasa, apatah lagi bicara yang berbunga. Sekadar mengusap huruf di papan kekunci komputer riba. Maka, apa yang tercoret, itulah dimensi yang berlegar di ruang angkasa hati dan rasa.



Mujahadah… Perkataan yang acap kali keluar dari mulut sang pemberi nasihat, pernah juga lancar mengalir dari mulutku, persoalannya cuma pada pelaksanaan. Buat ke tak buat ?

Mujahadah itu takkan pernah jadi mudah, jalannya bukan hamparan karpet merah, bukan juga permaidani yang ditabur bunga penuh riang ria dan senyum tawa. Jalan mujahadah itu susah dan payah, kerana pembelinya ingin bayar dengan Syurga !

Kekadang tebit rasa letih, lemah, dan menyerah kalah dalam bermujahadah. Dirasakan seperti pelari pecut yang tercungap-cungap di tengah-tengah perlumbaan. Aku mahu menangis, tapi hati ini... kenapa menolak? Terus menerus mencari waktu sesuai membujuk hati.

Teringat pada sabda Rasulullah dalam satu hadis qudsi “ Tuhan kita Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya. Pada setiap malam Dia akan turun ke langit dunia yang terendah pada sepertiga malam lalu menyeru ‘adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu ? maka aku akan kabulkan.  Adakah sesiapa yang memohon ampun kepadaKu ? maka aku akan ampunkan “.

Ya, sepertiga malam. Itulah waktunya ketika embun mula menitis dalam dingin malam. Bangunlah wahai diri, solatlah, panjatkan doamu pada Pemilik hati. Mintalah keampunan dan keredhaan hidupmu dariNya, Dia Maha Mendengar.

Aku pujuk dan terus pujuk hati ini, menangislah wahai hati.




Thursday, February 2, 2012

Cerita Al-Quran


Alhamdulillah, takdak kata lain selain daripada terima kasih yang tiada batas buat ummi dan abah kerana ajar aku dan adik beradik aku mengaji kitabullah yg agung. Ummi pernah cerita yang dia dah cuba hantar kami ke kelas al-Quran di kawasan perumahan kami waktu tu, tetapi ummi kata dia nampak caranya kurang berkesan, sebab tu ummi berbincang dengan abah dan kata putusnya mereka nekad untuk sama-sama mengajar al-Quran kepada kami berlima.


Kami lima beradik berlumba-lumba membaca, bermula dengan Qiraati, paling ketara perlumbaan aku dengan adik aku faiz, dia memang power (p/s kepada faiz, kalau baca post ni, jangan perasan okay), waktu itu kami berdua dah hampir habis Qiraati 6, faiz ni jadi lagumana taktau, mudah sangat belajar baca al-Quran (Alhamdulillah), dia laju ja baca Qiraati depan abah, aku dok tergagap-gagap lagi, walhasil, dia khatam Qiraati awal sehari dari aku, grrr...


Aku paling suka dan senang nak mengaji dengan abah, kalau selepas maghrib, abah masih tak balik dari pejabat lagi, aku sanggup tunggu sampai abah balik rumah, kadang-kadang sampai pukul 10 malam baru mula mengaji satu ‘ain(maqra’) depan abah, bila ada keadaan tertentu barulah aku mengaji al-Quran dengan ummi, ummi orangnya tegas, kadang-kadang dalam satu malam tu boleh baca setengah muka atau se muka saja. Kalau kami bermalam di rumah Tok, Tok lah yang akan ajar aku dan adik beradik ku yang lain, tapi… kami takmau, lari atau buat-buat tidur, sebab tok garang ! J


Tok dan Wan dulunya suka ajar orang mengaji al-Quran. Sebahagian besar penduduk kampung sekarang ni mesti pernah belajar mengaji daripada Tok dan Wan, kata tok, wan dulunya pernah masuk pertandingan tilawah, tapi kalah di peringkat daerah. Wan juga imam surau di kampung tu. Kalau diikutkan pengalaman, sewaktu aku baru bertatih membaca al-Quran, aku akan cuba untuk lari daripada mengaji dengan Tok atau Wan. ^^


Dulu kecik-kecik, lepas bersahur dan sembahyang subuh, kami balik ke ‘toto’ masing-masing, nak tidur. Tapi ada cerita pada bulan Ramadhan yang satu ni, abah buat syarat untuk siapa-siapa yang nak tidur lepas subuh kena hafal satu surah daripada juzu’ Amma. Kaklong dengan kakngah jarang kena sebab depa tidur kat tingkat atas, yang kena, aku faiz dan adik hilmi, tapi adik hilmi dikecualikan sebab kecik lagi. Memang best waktu tu J err…


Alhamdulillah, sampai sekarang aku ingat setiap ajaran ummi dan abah. Jangan tinggal bacaan al-Quran, hari-hari kena baca. Terima kasih ummi abah, semoga Allah sentiasa bersama kita, aminn... :)

Wednesday, November 16, 2011

Aku insan biasa


Aku insan biasa, ayat ni rasanya dah cukup ringkas dan padat. Tapi masih ada orang yang tak faham ataupun buat-buat tak faham, hiraukan orang yg taknak faham.


Siapa bilang aku rajin solat ?


Aku juga insan biasa, malas beribadah, malas solat awal waktu. Bila azan berkumandang, baik aku sambung tidur je, baik aku sambung main computer game (CS ke, HAWX ke, dotA ke, PES ke), baik aku sambung tengok movie-movie yang baru di’download’ ni, berbanding turun ke surau/masjid untuk solat berjemaah.


Tetapi, aku terfikir beberapa alasan logik manusiawi yang menyebabkan aku rasa seakan akan bodoh, serba salah, risau, kadang-kadang terharu, seandainya aku tak solat.


Antaranya ;


  • Solat merupakan perintah Tuanku (Allah), maka bila solat lima waktu tu dilaksanakan, ianya tak dipanggil ‘rajin’ sebab sebarang perintah dari Tuan ku (Allah) WAJIB dituruti, bukannya bila dilaksanakan digelar ‘rajin’.
  • Aku ni salah satu dari ciptaan (hamba) Tuan ku (Allah), cis bedebahnya aku sampai sanggup abaikan perintah Tuan ku (Allah).
  • Tuan ku (Allah) sentiasa berikan pertolongan, kebaikan, (kalau nak kira nikmat yang Tuan ku bagi kepada aku, post aku kali ni pasti dipilih sebagai post terpanjang di dunia) tapi perintah solatnya aku buat tak endah. Rasa bodoh pun ada.
  • Aku ni selalu mengaku sebagai Muslim, agamaku Islam. Jadi, bilamana salah satu dari rukun-rukun Islam pun aku tak mahu laksanakan, maka Islam spesies apa sebenarnya aku ni ?
  • Rasulullah yang namanya Muhammad b. Abdullah itu masih risaukan aku (umat baginda) walaupun pada ketika itu baginda tenat menunggu nyawa dicabut dari jasad. Sangat kurang ajar aku kira bilamana aku meninggalkan ajaran orang yang mengingati aku, risaukan keadaan aku ketika orang itu sedang berdepan sakaratulmaut.





Doa ku, supaya Tuan ku terus menerus memberikan kekuatan kepada aku untuk terus mengingati Nya, bersyukur kepada Nya, dan memperbaiki segala bentuk ibadahku kepada Nya. Aminn~