Siapa Aku

My photo
Mid Glamorgan, Wales, United Kingdom
Pernah menuntut secara formal di srias, mmas, kmk, unikl miat, sekarang di usw, uk.

Sunday, October 7, 2012

Dari Muslimah Untuk Muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم...


Kubiarkan jari jemari menari di 'keyboard', melakar apa yang terbuku di hati, walhasil, Alhamdulillah terukir sesuatu di sini. Semoga bermanfaat :)

SYADID..
Satu kalimah yang sering diperkatakan kepadaku, kepada cara pemakaianku terutamanya. Syadid lebih mesra dengan maksud 'keras' atau 'tegas'. Andai tudung labuhku kau gelar syadid, maka syadid aku terima, kerana tegasnya aku untuk melawan ajakan nafsu dan dari kaum kafir yang tak henti2 melontar racun minda saban hari.

"eh kau ni, tak payah la nak syadid sangat soal aurat tu".. "buat rileks2 sudah laaa" "pakwe aku kata boleh la pakai macam ni" .. "rase dah okay je, ini dah tutup semua kot".. "awak, nanti kita kahwin tak payah la awak pakai macam ni . pakai la 'grand2' sikit macam artis tu haa, baru la up-to-date"..

"Islam itu mudah tapi bukan untuk dipermudah-mudahkan oleh kita yang mengaku muslim"

Sahabat, aku tidak seperti kamu..tarbiyahku berbeza denganmu.. Sungguh, aku sedih melihat kamu dilitupi selendang yang 'tabarruj', tudung bawal yang singkat tak melepasi dada, kerudung yang membelit leher, baju yang muat2 badan tambah dengan "blink2"nya lagi. fuhh..

Teman, aku tidak ditarbiyah sebegitu.. padaku, wanita itu sendiri adalah aurat.. berdasarkan mafhum hadis “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi).

Sedangkan perempuan yang bertudung labuh pun, para ajnabi lelaki tengok lain macam, inikan pula yang pakai singkat-singkat dan berhias lebih-lebihan, mahu tak berkelip mata mereka menambah dosa.
Astaghfirullahal'azim…. T_T



Cuba kita lihat kata-kata saidina umar R.A ni :
Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita."



Rasanya kata-kata ini sudah jelas menunjukkan wanita itu fitnah bagi lelaki. Jadi, nasihatku sebagai muslimah kepada muslimah lain, jagalah sebaik-baiknya diri kita keseluruhannya.

Agama kita menyuruh menutup aurat dengan sempurna, bukan menutup sekadarnya sahaja sebagaimana firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59..
يا أَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزْوَٰجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَٰبِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰٓ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورًۭا رَّحِيمًۭا :
Hai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sahabat, kita  kena selalu ingat Allah tidak suka pada yang bertabarruj kerana tabarruj itu adalah sifat-sifat jahiliyyah.  Firman Allah dalam surah al-ahzab ayat 33 :

ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
“Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”.(QS: Al Ahzab:33)

Teman, sesungguhnya aurat kita, kecantikan kita hanya untuk suami, bukan untuk tatapan umum. Aku tidak menghalang kamu untuk memakai apa yang kamu suka. Aku hanya berpesan padamu agar hidupmu jauh dari dosa yang kita tidak nampak.


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم
إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم
Rasulullah SAW bersabda  :  "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan harta kamu tetapi Allah melihat kepada amalan dan hati kamu".”(HR Muslim 2564).

Hadis ni jelas kan.. Sekiranya dari kalangan kita selalu memikirkan berapakah nilai pandangan Allah pada hatinya, sudah pasti dia akan menyiapkan dirinya, sebagaimana dia menyiapkan pakaiannya, wajahnya apabila dia keluar berjumpa dengan manusia.


Sahabat, berpakaian yang baik itu juga suatu bentuk dakwah. Tanpa perlu berceramah dan berforum Islam, cukup dengan aurat yang terjaga. Teringat tentang satu kata-kata dari figura dakwah yang aku sanjungi

' Kalau nak selesa itu bukanlah KERJA DAKWAH '
- Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.
Presiden PAS ke-6 [1988-2002]
Al-Fatihah.



Kalau nak terlalu cantik, terlalu selesa, makan melebihi yang sepatutnya, susahla nak buat kerja dakwah.. betul tak sahabat?. Akhir kalam, aku bawakan sepotong kata2 ini untuk diamalkan bersama.

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang'
(Saidatina Aisyah R.A)


La haula wala quwwata illa billah hil 'aliyyil 'azim..
wallahua'lamubissowab… ^_^

p/s : aku yang menulis, tentu saja aku yang mula2 membacanya, pesanan ini untuk diriku terlebih dahulu kerana diriku juga masih belum cukup solehah.. aku masih mengejar solehah yang diidamkan supaya mulia di mata Allah...


MK






Monday, October 1, 2012

Bila down...



Bismillah...


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untuk kamu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui, sedang kamu tak mengetahui” (2;216)


Pernah rasa down ?
Down ialah perasaan lemah yang hadir bilamana kita tak dapat apa yang diingini (suka hati la nak terjemah macam mana).

Down ni lumrah, ataupun fitrah manusia. Kata bijak pandai, hidup ini umpama roda, kadang-kadang dok di atas dan kadang-kadang dok di bawah. Berlaku dalam banyak segi, antaranya ialah dalam gerak kerja dakwah tarbiyah (selalu disebut sebagai futur), dalam pelajaran, sehinggakan dalam percintaan sekalipun manusia akan diuji dengan ‘down’.


Bila down, kita akan sedih, murung lama, termenung panjang mengingati semula benda yang kita dah hilang atau tak dapat. Mungkin saja ketika anak buah usrah (mad’u) yang diharapkan taat dan patuh telahpun berpaling tadah. Mungkin juga ketika gagal sebahagian subjek yang dipelajari. Mungkin juga selepas bertikam lidah sesama suami isteri.

*********

"Sikit-sikit down sudah la Faruq" nasihat kawannya. "Tak perlu sampai hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Down itulah ujian bagi kau dan kau kena ingat bahawa Allah uji setakat yang hambanya mampu sahaja dan Allah Maha Mengetahui semampu mana kau boleh tahan." syarah calon Imam Muda itu mulai mesra di hati sahabatnya Umar.

Apa aku lupakah pada firman Allah (30;54) “sesungguhnya aku ciptakan manusia itu dalam keadaan lemah, dan Allah akan menjadikan kamu kuat...”.

Apa aku lupakah pada firman Allah (29;2,3) “Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami telah beriman' sedangkan kamu belum diuji ?"

Apa aku lupakah pada firman Allah (2;155) “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit katakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-pang yang sabar."

Apa aku lupakah pada pesanan ‘alim ulama’ bahawa Allah itu sangat suka pada hambanya yang meminta-minta.

Satu persatu dalil yang dihafal melalui perjalanan hidupnya sebagai rais halaqah kampus muncul di kepala Umar memikirkan keaadannya yang sedang 'down'. Tepat jam lima suku pagi tu, Umar bingkas dari katilnya, bergegas mengambil wudhu' dan solat tahajud dua rakaat. Masa selebihnya, Umar duduk berteleku di sejadah berdoa tanda syukur, kerna punya sahabat seperti Faruq, kerna Allah memilihnya menyertai halaqah kampus.

**********


"Dan mohonlah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan solat" (2;45)



Hikmah DOWN
  • Buat kita jadi lebih kuat untuk ujian seterusnya. 
  • Buat kita kembali menilai amal ibadah kita.  
  • Buat kita kembali meneliti hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia lain. 
  • Buat kita sedar bahawa kita ni hamba tertakluk pada takdir Allah.  
  • Buat kita terfikir sehebat mana kita merancang, perancangan Allah itulah yang terbaik.  (banyak lagi hikmahnya, sila sambung sendiri ye).


“Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan” (94;6)






Sunday, September 16, 2012

Ikhlas


Bismillahirrahmanirrahim...


Sabda Rasulullah SAW.,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)


*****************
Sedang si A menunaikan solat sunat di dalam masjid yang penuh dengan orang ramai, terdetik dalam hatinya "biaq depa tengok aku semayang sunat, mesti depa kata aku baik, soleh, hehehe syoknya"
Seusai solat si A ditegur oleh si B, “rajen ang semayang sunat nowh”. Balas si A, “ya, semuanya 8 rakaat dan aku ikhlas kerana Allah.. J (dalam hati, punyalah bangga masa tu. Huhu)                                                                                     
******************


Ikhlas.. satu ungkapan yang acapkali manusia titipkan dalam melakukan sesuatu.. namun sejauh mana kebenaran ikhlas itu terungkap jauh dalam sanubari insan? Mungkin hanya mahu menunjukkan betapa dirinya jujur saat itu. Akan tetapi perlukah diungkapkan sebegitu? 

Apa itu ikhlas? Jom kita tengok…

Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan mengharapkan keredhaannya TANPA MENGHARAP FAEDAH, NAMA, GELARAN, PANGKAT, SANJUNGAN, KEDUDUKAN DUNIAWI.
Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.
Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah.

Dengan definisi diatas .. maka jelaslah ikhlas itu sesuatu yang sangat sukar untuk kita kecapi. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita.


"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."


Murabbi saya pernah menyebut  ada 3 jenis kerosakan ikhlas yang berlaku pada 3 jenis keadaan :
1.       Awal  ~  Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata :
"Inilah masanya nak jadi popular", "Aku akan jadi terkenal", " Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."
Ada juga yang berniat untuk menghentam individu atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlas ibarat melukis diatas air.

2.       Pertengahan ~  Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata :
"Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."

3.       Akhir  ~ Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata :
"Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."

Ketika itu datanglah rasa riak dalam diri sehingga lupa semuanya itu datang dari Allah jua.


Rugi kan orang-orang yg tidak ikhlas ni? Maka, sentiasalah beramal dengan niat kerana Allah. Dengan itu kita akan diberi pahala yang lebih baik dan tinggi di sisi Allah.. sebagaimana firman Allah dalam surah Annahl ayat 97:

مَنْ عَمِلَ صَلِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَوةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.





 “Meninggalkan suatu amal kerana orang lain adalah riya’. Sedangkan beramal kerana orang lain adalah syirik. Ikhlas adalah ketika Allah menyelamatkanmu dari keduanya” 



MK